Wednesday, 6 June 2012

SECRETs MALAYu BHG III


Spread the WORDS Of Humanity, GOD ALMIGHTY SAYS IN THE HOLY QURAN: 'NO REWARD DO I ASK OF YOU FOR IT: MY REWARD IS ONLY FROM THE LORD OF THE UNIVERSE'. (Firman Allah Ta’ala: ‘Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam)'. (Surah 26 'Asy'araa: verse 109)


Maka sebarkanlah apa saja yang anda fikirkan perlu disebarkan. Apa yang anda baca di sini hanyalah maklumat. Ianya akan menjadi ilmu yang manfaat apabila diamalkan. Dan jika kita sampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain, maka Allah Ta'ala akan menganugerahkan kepada kita ilmu yang belum kita tahu.

We are living in a time when the Corrupt are displayed as the Wise People & Wise People as the Corrupt. When The Rich get Richer and the Poor stay Poor. With this Message I will attempt explain one Of the Signs from God & The Mystery Surrounding us. We don't know exact time Of the HOUR, (Only God Knows). However, we do know some Of the Sign. Read Carefully. Think & Observe the Signs Of All Mighty God before it's too late. The HOUR is Coming, it's just a matter Of time . . .

SECRETs 'Terahsia Bangsa MALAYu' BHG III

Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang 1 bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun, kendi purba yang sama di Vietnam, Kemboja dan Pahang, penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu. APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI?






Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah MALAYu, beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.

Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.

Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?

Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua?

Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba. ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?

Siri Alter Terahsia Bangsa MALAYu meneruskan pengembaraannya menjejaki wangian yang hilang di Timur Jauh . . .


Selamat membaca . . .


Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh


MALAYu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

MALAYu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak.

MALAYu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu MALAYu, Bugis itu MALAYu

Banjar juga disebut MALAYu,

Minangkabau memang MALAYu,

Keturunan Acheh adalah MALAYu,

Jakun dan Sakai asli MALAYu,

Arab dan Pakistani, semua MALAYu

Mamak dan Malbari serap ke MALAYu

Malah mua´alaf bertakrif MALAYu

(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya

MALAYu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

MALAYu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

Malangnya MALAYu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali

MALAYu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara MALAYu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.

Watak MALAYu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara MALAYu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati MALAYu itu tak terbandingkan

Selaga yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah MALAYu abad 21

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)


Di dalam koleksi alat-alat kebesaran Negeri Perak, terdapat sebilah pedang misteri. Pedang ini dinamakan Cura Simanjakini. Tiada yang istimewa tentang pedang ini. Ia tiada membawa kekayaan atau keajaiban kepada pemunyanya. Ia hanyalah pedang biasa yang dibuat oleh manusia biasa. Tetapi apa yang ingin diperkatakan di sini, pedang ini membawa 1001 cerita tentang satu teka-teki yang akan membuka 1 pintu rahsia jika ia diselesaikan.

Pedang ini adalah kunci kepada rahsia bangsa misteri.

Kunci Rahsia-rahsia.

Tetapi kunci ini ada kembarnya.

Dapatkan kembarnya dan salah satu pintu rahsia akan membawa ke lorong lainnya.

Lorong gelap yang dihujungnya cahaya.

Tetapi di manakah kita mahu mencari kembar kepada kunci rahsia ini? Alangkah baiknya jika kita dapat menaiki mesin masa dan kembali ke zaman Wan Empuk dan Wan Malini pada suatu pagi yang aneh ketika kedua perawan misteri ini sedang menuai padi. Ketika tiga putera raja dikatakan muncul tiba-tiba.

Alangkah baiknya jika kita dapat menyaksikan dialog di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Atau ketika Sumpah Palapa diucapkan oleh Patih Gajah Mada. Mungkin di situ kita dapat mengutip kembar kepada kunci rahsia ini.

Dan dapat mencari jejak-jejak yang ditinggalkan oleh bangsa MALAYu kembali ke belakang sebelum mereka sampai ke 'Promised Land' ini. Alangkah baiknya jika kita dapat menyusuri langkah-langkah bangsa MALAYu balik ke tempat kelahiran Mala 'Bapa MALAYu' dilahirkan. Ataupun menjejak misteri ini di Lautan Hindi ketika bangsa ini tabah menghadapi ganas ombak dan sedang merenung bintang-bintang di waktu malam bagi memastikan 'Promised Land' yang dirindui tetap dalam haluan.

Kita terlampau pasrah dengan sejarah yang ada. Begitu lama bangsa ini dijajah sehingga kita buta jejak kita sendiri.

Baiklah,di sini terdapat dua peti menyimpan rahsia. Jangan bimbang, ia tidak berkunci. Kita boleh membuka peti-peti ini tetapi hanya 1 yang menyimpan kembar kunci rahsia. Jika kita dapat mencantum kembar kunci ini, kita akan dapat membuka pintu rahsia itu. Peti yang satu lagi juga mengandungi kunci, yang akan membuka pintu yang lain . . .

Kita mulakan dengan membuka peti pertama . . .




SEJARAH MALAYu (MALAY ANNALS)

Kitab paling berharga yang diberi nama Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah MALAYu ini diketahui dikarang oleh Tun Sri Lanang. Pelbagai sarjana barat tertarik untuk mengkaji karya agung ini seperti Winsted dan Shellebear. Namun hasil kajian terkini mendapati kerja-kerja Tun Sri Lanang sebahagian besarnya berdasarkan hasil karya penulis lain yang lebih lama dan juga manuskrip-manuskrip kuno lainnya.

Sejarah MALAYu mengandungi pelbagai kisah yang menerangkan pelbagai konflik antara kerajaan-kerajaan MALAYu Purba dan juga ada diterangkan mengenai Empayar Melaka. Menurut pengenalan Sejarah MALAYu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad @Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah MALAYu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Di dalam Sejarah MALAYu terdapat satu petikan popular yang mengaitkan keturunan raja-raja MALAYu adalah berasal dari Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain di sini kerap terkeliru dengan Alexander The Great dari Macedonia. Sebenarnya tiada siapa pun yang memanggil Alexander The Great sebagai Iskandar Zulkarnain kecuali sesetengah orang yang keliru. Terdapat dua teka-teki di sini.Teka-teki ini muncul apabila diketahui bahawa Tun Sri Lanang hanyalah seorang editor yang mengkompilasi, menyunting serta menyusun manuskrip-manuskrip purba yang telah ada lama sebelum itu.

". . . mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah MALAYu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa."

Apakah yang terkandung di dalam manuskrip-manuskrip yang di bawa oleh Orang Kaya Sogoh? Teka-teki pertama adalah jika Iskandar Zulkarnain itu adalah Alexander The Great dari Macedon yang pernah menawan Parsi dan India, kemungkinan terdapat waris MALAYu yang berasal dari kempen Alexander The Great yang menggalakkan askar-askarnya mengahwini orang-orang asing termasuk dirinya sendiri yang mengahwini seorang anak raja 1 kerajaan di India (selain dari bangsawan Parsi) di mana di dalam Sejarah MALAYu dinamakan Puteri Syahrul Bariyah. Dan Sejarah MALAYu mendakwa raja-raja Melayu berasal dari keturunan Alexander dan permaisuri Syahrul Bariyah.

Petunjuk kedua adalah,adakah Iskandar Zulkarnain itu adalah bermaksud dari Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Al ‘Quran? Memandangkan ketika itu bangsa MALAYu telah memeluk agama Islam maka petunjuk yang kedua ini lebih meyakinkan.

Perlu diingat Sulalatus Salatin (sejarah MALAYu) sendiri mempunyai sekurang-kurangnya 29 versi dan versi-versi popular adalah hasil kajian sarjana Barat. Dan tidak mustahil sarjana Barat seperti Shellabear yang menambahkan kata 'Makaduniah' kepada nama Iskandar Zulkarnain untuk menamatkan jejak bangsa MALAYu sekaligus menamatkan teka-teki ini.

Jika kita pergi ke petunjuk pertama, pencarian kita akan tamat di sini. Maka raja-raja MALAYu adalah berasal dari hibrid bangsa Yunani dan 1 bangsa di India (ingat, kaum di India juga berbeza-beza seperti Tamil, Benggali, Punjab, Hindustan dll). Pencarian akan tamat sepertimana kes MALAYu dari Yunnan.

Tetapi mari kita lihat petunjuk yang ke-2. Petunjuk ke-2 nampaknya akan membuka banyak pintu rahsia. 1 pintu rahsia akan membawa ke banyak lagi pintu rahsia.

Iskandar Zulkarnain, begitulah nama yang disebut dalam Al ‘Quran surah Al ‘Kahfi.

18:83

Firman Allah Ta'ala: 'Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya. (AlKahfi 18: 83)

Iskandar Zulkarnain ini mempunyai empayar yang luas.

18:84

Firman Allah Ta'ala: 'Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu,' (AlKahfi 18: 84)

Zulkarnain bermaksud Pemunya 2 Tanduk. Zulkarnain juga yang membina tembok untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj.


Mengikut kajian ahli sejarah dan arkeologi,Iskandar Zulkarnain bukanlah Alexander dari Macedon tetapi lebih menepati sifat-sifat Cyrus The Great, Emperor Parsi yang menyatukan bangsa-bangsa Parsi Kuno. Cyrus The Greatlah yang dipercayai menganut agama Allah, seorang yang warak dan berpekerti mulia tidak seperti akhlak Alexander The Great yang diketahui berfoya-foya dengan arak dan menyimpan kekasih lelaki.

Empayar Cyrus meliputi Timur dan Barat dari Eropah termasuk Mesopotamia,Parsi dan India dan membentang sejauh negeri China.Cyruslah yang dipercayai mula-mula membina tembok-tembok di negeri China. Sesungguhnya bukanlah Emperor Shih Huang Ti yang membina Tembok Besar sepenuhnya di mana catatan purba menjelaskan bahawa beliau hanya menambah, menyambung dan memperbaiki tembok-tembok purba yang terlebih dahulu wujud di negeri China.

"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya."

Ayat ini menceritakan tentang kedatangan rombongan Yahudi (atau Nasrani?) yang menanyakan tentang kisah Zulkarnain yang terdapat di dalam kitab Taurat/Injil. Sememangnya di dalam Taurat/Injil ada menceritakan tentang raja Kurosh/Cyrus yang mempunyai kerajaan yang hebat. Petunjuk ini akan membawa kita ke kisah epik bangsa MALAYu yang jejaknya dapat ditelusuri sejauh sejarah purba Cyrus The Great sehingga Cambyses, emperor-emperor Parsi dan Medes.


Petunjuk ini akan bercantum dengan petunjuk dari bangsa Keturah yang membuat perjalanan dari arah Sumeria menuju ke Timur. Mereka tidaklah membuat perjalanan terus-menerus sehingga ke Timur Jauh tetapi di satu-satu tempat mereka akan membuat penempatan beberapa lama sehingga menurunkan bangsa-bangsa lain. Mereka berasimilasi dengan etnik tempatan dan menghasilkan hibrid bangsa hebat yang mampu membina empayar-empayar.

Apakah dia kunci yang telah mencantumkan kdua-dua petunjuk ini? Kunci tersebut adalah Cura Simanjakini.

Kunci Rahsia dari Pedang Misteri


Cura Simanjakini adalah salah 1 alat kebesaran negeri Perak. Pedang ini, yang juga dipanggil 'Pedang Kerajaan (Negeri Perak Darul Ridzuan)', berasal dari perkataan Sanskrit 'Churiga (Si) Mandakini' yang bererti Mata Pisau dari Tasik Mandakini, iaitu sebuah tasik berhampiran dengan Sungai Ganges di Negara India.

Mengikut cerita, pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Sang Sapurba (juga digelar 'Nila Utama') yang tiba-tiba menjelma di Bukit Si Guntang Mahameru bersama-sama dengan dua orang adindanya.

Mengikut Hikayat Ketinggian Salasilah Perak keturunan Sultan Perak (Darul Ridzuan) adalah berasal dari keturunan Sang Sapurba, anakanda kepada Raja Suran dan Puteri Mahtab Al 'Bahari (puteri kepada Raja Aftab al-Ardzi). Adalah dipercayai Sang Sapurba telah memerintahkan Permasku Mambang untuk membunuh seekor naga yang diberi gelaran 'Saktimuna' sedang mengancam penduduk-penduduk di Minangkabau, Sumatera. Pedang yang sama juga digunakan oleh Parameswara semasa beliau ditabalkan sebagai Maharaja Melaka yang pertama. Nama gelaran Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan apabila Parameswara menganut agama lslam.

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Negeri Melaka, mewarisi pedang ini dan disimpan oleh baginda sehingga baginda menjadi Sultan Kampar, Sumatera selepas baginda berjaya melarikan diri dari serangan Portugis pada tahun 1511. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1530.

Sebelum mangkat, Sultan Mahmud Shah telah menghantar anakandanya, Raja Mudzafar Shah, untuk menjadi Sultan yang pertama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Di dalam keberangkatan Raja Mudzafar Shah, baginda dilengkapkan dengan pedang ini dan Alat-alat Kebesaran Kesultanan Melaka dahulu. Dari tarikh itu, pedang 'Cura Si Manja Kini' yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat perkakas turun-temurun bagi Sultan yang memerintah Negeri Perak (Darul Ridzuan).

Mengikut kajian sejarah,pedang ini bukanlah berasal dari etnik Hindu India tetapi dari 1 kerajaan Parsi Purba yang memerintah India ketika itu ataupun satu bangsa Indo-Aryan yang menduduki Tanah India dan menakluk etnik-etnik asli India. Teori perjalanan bangsa Mala dari arah Parsi ke Tibet dan seterusnya ke India dapat juga ditelusuri pada sejarah Negeri Kedah di mana nama Raja Kedah yang pertama ialah Maharaja Derbar Raja yang berasal daripada Parsi.

Baginda terpaksa melarikan diri setelah dikalahkan oleh raja lain. Baginda sampai di suatu tempat yang dipanggil Kedah atau Qalha. Menurut buku ini, Kedah menerima agama Islam pada awal kurun ke 12. Maharaja Derbar Raja menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Syah setelah memeluk agama Islam. Baginda diislamkan oleh Syeikh Abdullah.

Petunjuk ini bercantum pula dengan 1 petunjuk lain, jika kita ingin membayangkan epik pengembaraan bangsa Mala kita perlulah mengetahui 1 alter lain pada nama Mala itu sendiri. Alter Terahsia yang ditemui dalam peti rahsia ke-2.

Apa yang ada di dalam peti ke-2 ???

'Bangsa Gunung'

Nama ' MALAYu' adalah nama moden yang digunakan untuk menerangkan bangsa atau bahasa yang mendominasi Tanah MALAYu dan kepulauan MALAYu di Asia Tenggara. Sebelum itu bangsa ini bukanlah bergelar MALAYu lagi. Ini samalah dengan perkataan 'Hindu' yang diberikan oleh sarjana Barat merujuk kepada Hind atau satu lembah di Sungai Ganges. Padahal sebelum itu ajaran purba ini bukanlah Hindu tetapi 1 ajaran kuno yang berasal dari agama meyembah Tuhan yang 1.

Begitu juga dengan masalah yang kita bincangkan ini, perkataan MALAYu, 'Malaya', Malay atau Malaysia adalah nama moden yang digunakan pada abad-abad terakhir hingga kini.

Namun bangsa ini sebelum digelar MALAYu mempunyai pelbagai nama yang menerangkan tempat tinggal bangsa ini semasa pengembaraan atau gelaran atau sifat bangsa ini. Di antara nama-nama ini adalah Malai, Funan, Sailendra, Nam dan Champa. Malai adalah nama yang berasal dari tradisi Vedic-Parsi yang bererti 'gunung'. Begitu juga dengan yang lainnya SEMUANYA MERUJUK KEPADA 'GUNUNG' ATAU 'BUKIT'.

Ini memberikan satu petunjuk tentang kemaraan bangsa Aryan dari arah pergunungan utara India seperti Himalaya-Tibet dari arah Asia Tengah, dari perbatasan Parsi seperti Bactria, Parthia dan Aria. Bangsa ini juga menerbitkan suku pahlawan Kamboja berkasta Ksyatria, merupakan salah satu suku Aryan yang menyerang perbatasan India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan purba India.

Bangsa misteri ini digelar bangsa gunung atau kaum yang datang dari pergunungan adalah kaum yang dihormati dan digeruni oleh suku-suku asli atau kerajaan-kerajaan kecil di Benua India. Bangsa ini berubah-rubah namanya akibat asimilasi dan percampuran bangsa ini dengan etnik-etnik asli tempatan.

Bangsa ini telah melahirkan keturunan Sakya dan Ksyatria ketika tinggal di Tibet dan di Benua India. Bangsa ini juga menghasilkan sukukaum Champa, Funan dan Khmer juga sebahagian Viet dari asimilasi Mala dengan etnik-etnik yang kecinaan di perbatasan sempadan Yunnan-China dan Indochina.

Nampaknya bangsa misteri inilah yang mewarnai sebahagian besar bangsa-bangsa Asia di mana bangsa ini yang berasal dari keturunan Keturah seperti ditugaskan untuk membawa risalah ajaran Ibrahim ke Timur dan memajukan bani Adam yang terdiri dari etnik-etnik asli yang kurang bertamadun yang berasal dari keturunan para pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam yang bertebaran ke sana.

Perjalanan darat bangsa Mala dapat ditelusuri dari salah satu suku Mala-Aryan Purba yang digelar Kambuja.


Kambuja

Menurut kajian antropologi terkini, Kamboja adalah suku kaum Ksyatria dari Zaman Besi di India, selalu disebut dalam kesusasteraan Sanskrit dan Pali, tampil kali pertama di dalam Mahabharata dan kesusasteraan Vedanga semasa (secara kasar dari abad ke 7 Masehi).

Kerajaan Kemboja terletak berdekatan Gandhara di barat laut India di Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua?). Sesetengah sarjana menerangkan Kamboja Kuno adalah sebahagian dari Indo-Aryan, sebahagian kecil yang lain kemungkinan dari Indo-Iranian, ketika yang lainnya menurut Vedic Index of Keith and Macdonnel, mengiktiraf mereka sebagai mempunyai kedua-dua keturunan India dan Iran. Walaupun begitu kebanyakan komuniti sarjana kini bersetuju yang Kamboja adalah dari Iran yang sama dengan Indo-Scynthian. Kamboja juga dikenali oleh sarjana sejarah sebagai sukukaum diraja bagi Scynthian.


Ketika penaklukan ke atas India ketika era Pra-Kushana, suku Kemboja telah bergerak ke Gujerat, Selatan India, Sri Lanka dan kemudian ke Bengal dan seterusnya ke Cambodia.

Berdasarkan manuskrip purba,kaum Kamboja adalah kaum terhormat dari bangsa Aryan dan dikelaskan setaraf dengan Vasishtas-hero dalam budaya India Kuno,dan diperkirakan di antara 6 golongan sarjana dalam Kesusasteraan Vedic India.

Pakaian dan tahap sosial Kamboja adalah sama dengan Vasishthas.Selain muncul dalam Mahabharata, Kamboja juga muncul dalam Kshatria-Dharama sebagai pahlawan dan pemerintah dan juga disebut sebagai pakar dalam Vedas.

Dari sukukaum Kamboja inilah munculnya kerajaan Champa dan Funan dan juga mewaris-kan kerajaan Khmer. Cambodia adalah nama Perancis merujuk kepada sukukaum Kemboja. Walaupun begitu ramai sarjana berpendapat Kemboja Kuno adalah pusat kepada Tamadun Iran Purba. Dalam perbincangan setakat ini tentu ada pembaca yang masih tertanya-tanya kaitan antara budaya Iran dan India Kuno.



Kaitan Antara Budaya Iran dengan Vedic India

Semenjak di dapati bahawa terdapat persamaan kata di dalam bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi Kuno Zoroaster, sememangnya para sarjana antropologi sudah maklum akan penyerapan budaya Iran kuno dengan India dan fenomena hibrid ini digelar budaya Vedic. Bangsa Iran Kuno sudah lama berhubungan dengan etnik-etnik asli yang mendiami India.

Dalam kesusasteraan India,bangsa Iran yang datang menduduki India pada zaman purba dahulu dikenali sebagai bangsa Aryan (perhatikan perubahan 'Iran' ke 'Aryan'). Bangsa Aryan inilah yang membawa budaya Vedic berserta bahasa Sanskrit yang berasal dari bahasa Iran Kuno yang dapat ditelusuri dalam kesusasteraan Avestan seperti di dalam Kitab Zoroaster, Zend Avesta.

Mereka juga membawa juga dikatakan orang-orang yang bertanggungjawab membawa agama Hindu ke India bermula di sebuah lembah di Sungai Ganges. Walaupun ada sarjana yang menentang teori ini berdasarkan teori Mohenjo-Daro dan Harappa, sebenarnya dua negarakota ini bukanlah ada kaitan dengan budaya Vedic-Aryan malah usia kota ini lebih tua dan sezaman dengan era Sumeria-Babilon.

Ini kerana terdapat bukti perdagangan antara negarakota Ur di Sumeria dan Harappa berdasarkan penemuan artifak-artifak yang sama di kedua-dua tapak arkeologi. Malah pakar-pakar sejarah begitu bingung dengan penemuan kaca-kaca hitam yang berselerakan di jalan-jalan kedua-dua negarakota, padahal kaca-kaca hitam itu tidak dapat ditemui di mana-mana tempat dan bukan semulajadi kerana hanya didapati di loji-loji nuklear. Hasil dari penguraian uranium dan haba berantai akan menghasilkan sisa-sisa buangan berbentuk kaca-kaca hitam tadi.

Inilah yang mewujudkan teori perang nuklear tambahan pula boleh dikatakan tiada rangka manusia ditemui di tapak arkeologi. Dan ini menyebabkan Mohenjo-Daro dan Harappa dikatakan sezaman pula dengan Kerajaan Rama, Atlantis dan Lemuria yang telah tenggelam.

Bahasa Iran Purba iaitu Avestan adalah asal kepada bahasa Sanskrit.Dan bahasa Sanskrit adalah bahasa elit di dalam agama Hindu. Bahasa Avestan pula digunakan dalam kitab Zend Avesta dan terdapat dalam manuskrip-manuskrip purba Iran seperti Agatha. Lihat persamaan bahasa di antara kedua-duanya.

təm amavantəm yazatəm

tam amavantam yajatam

surəm damohu scvistəm

suram dhamasu savistham

miθrəm yazai zaoθrabyo

mitram yajai hotrabhyah

Di sebelah atas adalah Avestan dan dibawahnya adalah Sanskrit. Perhatikan juga kata 'deva' dalam Sanskrit bermaksud dewa/tuhan tetapi dewa dalam Avestan adalah 'ahuras' atau 'asuras' manakala 'devas' pula bermaksud syaitan.

INI ADALAH PEMBAYANG KEPADA AKTIVITI BANGSA MALA DISEMPADAN INDIA DAN PARSI.

MISI TERAHSIA KE TIMUR JAUH

Sesungguhnya memang terdapat kisah-kisah peperangan Raja-raja Babilon atau Sumeria di dalam kitab-kitab Veda terutama di dalam Rig Veda yang merupakan yang tertua di antara keempat-empat Veda. Kisah-kisah Mahabharata juga di dalam Upanishad juga diketahui berasal dari kitab-kitab Babilon Purba.

Ini amat menakjubkan. Malah lebih menakjubkan terdapat juga nama Ibrahim dan Muhammad di dalam kitab Veda. Pada tahun 1935, Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam Times of India yang menunjukkan bahawa Rig Veda mengandungi peristiwa-peristiwa mengenai raja-raja Babilonia dan Mesir dan peperangan-peperangan mereka. Selanjutnya, beliau menunjukkan bahawa se 1/5 daripada Rig Veda adalah berasal daripada Kitab-kitab Babilonia.

Dari sudut pandangan Muslim adalah mungkin bahawa penganut Hindu telah diwahyukan kitab atau kitab-kitab yang mengandungi cerita mengenai perjuangan Nabi-nabi Allah yang telah diutuskan kepada kaum-kaum lain yang terdahulu. Adalah mungkin juga bahawa ulasan-ulasan yang ditulis mengenainya telah digabungkan dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada kitab-kitab yang diwahyukan.

Terdapat beberapa contoh seperti ini di dalam kitab-kitab Hindu. Atharva Veda juga dikenali sebagai 'Brahma Veda' yang bermaksud Ilmu Suci. Analisa ke atas Veda menunjukkan bahawa 'Brahma' sebenarnya adalah Abraham (Ibrahim), di mana huruf A di dalam Abraham telah dipindahkan ke belakang untuk menjadikannya Brahma. Analisa ini tepat apabila seseorang menulis dua perkataan di dalam huruf Arab, di mana Bahasa Arab adalah bahasa yang mirip kepada bahasa yang dituturkan oleh Nabi Ibrahim. Begitu juga, isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah, disebut di dalam Veda sebagai Saraswati, dan Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam disebut sebagai Manuh atau Manu. Segolongan Pandit menganggap Athrva Veda sebagai Buku Ibrahim. Nabi Allah Ismail Alayhis Sallam dan Nabi Allah Ishak Alayhis Sallam dinamakan Atahrva dan Angira, masing-masing di dalam Veda. Ramalan tentang Nabi Muhammad 
Salla‘Allahu Alayhi was Sallam di dalam Purana:





"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad . . ."

(Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian III:3,3)

Juga di dalam Purana:

"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad. Setelah Raja (Bhoj) memandikan Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti malaikat) ini, dia mempersembahkan kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang ikhlas dan tanda penghormatannya dan berkata, 'Aku patuh kepadamu'.

'Wahai engkau, kebanggaan manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan kekuatan yang besar untuk membunuh Syaitan dan kau sendiri telah dilindungi daripada penentang-penentang malechha (penyembah berhala). Wahai engkau, yang merupakan gambar Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang tunduk di kakimu."

"Malechha telah memijak tanah Arabia yang masyhur. Arya Dharma tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah muncul seorang roh jahat yang terseleweng yang telah kubunuh (nota: contohnya Abrahah Al Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah); dia kini muncul lagi dan dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan musuh-musuh ini ke jalan yang benar dan membimbing mereka kepada Mahamad (Muhammad) yang dikenali, yang telah kuberi nama julukan Brahma dan berusaha keras untuk membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar. Wahai Raja!

Kau tidak perlu pergi ke negara Pishacha yang tolol, kau akan disucikan melalui kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada waktu malam, dia yang seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar sebagai Pishacha berkata kepada Raja Bhoj: "Wahai Raja! Arya Dharma mu telah menang mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah 'Ashwar Parmatma (Tuhan, Roh Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat daripada golongan pemakan daging.

Pengikut-pengikutku terdiri daripada lelaki yang telah disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya), menyimpan janggut, melancarkan revolusi, mengumumkan panggilan sembahyang dan memakan semua yang halal. Dia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak akan mencari kesucian dari pohon suci, tetapi disucikan melalui peperangan. Kerana mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak beragama, mereka akan dikenali sebagai Musalman (Muslim). Aku akan menjadi pengasas agama golongan yang memakan daging ini."

(Bhavishya Puran:Prati Sargh Part III:3,3,5)

Di dalam Kuntap Sukt (Antharva Veda):

Terjemahannya oleh Pundit Raja Ram diberikan seperti berikut:



"Dia memberikan kepada Rishi Mamah 100 keping wang emas, 10 kalungan, 300 ekor kuda dan 1000 ekor lembu"

Perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang disanjung tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi. Perkataan "Muhammad" di dalam bahasa Arab bermaksud "yang dipuji". Di dalam bahasa Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang digunakan dengan sedikit pengubahsuaian. Contohnya, 'Mahmud' Ghaznavi yang memerintah sebahagian daripada India, dipanggil dengan nama 'Mamud' Ghaznavi. Oleh itu, Mamah adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat tersebut dipertimbangkan.

Di dalam agama Hindu, perkataan Rishi bermaksud guru ilmu mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang yang tinggi tarafnya. Kelihatannya perkataan ini diterbitkan daripada nama Nabi Allah Idris Alayhis Sallam dengan huruf pertama 'i' dipindahkan ke penghujung perkataan, sama seperti nama Abraham dan Brahma, dan huruf 'd' digugurkan seperti mana Mamah (Muhammad, yang diterbitkan daripada huruf akar h, m dan d).

100 keping wang emas merujuk kepada sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad Salla‘Allahu Alayhi was Sallam, yang mana 80 daripada mereka berhijrah ke Habsyah untuk melepaskan diri daripada penindasan yang tidak tertanggung. Di dalam Shatpath Brahmana yang merupakan ulasan yang diwahyukan ke atas Yajur Veda, emas adalah digunakan sebagai metafora untuk kuasa spiritual manusia yang tinggi.

10 kalungan merujuk kepada 10 sahabat Nabi Muhammad yang paling rapat yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh Nabi. Umat Islam mengenali mereka sebagai 'Ashra-i-Mubbashshara'. Mereka adalah Abu Bakar (Radhi'Allahu Anhu) , 'Umar, 'Uthman, 'Ali, Talha, Zubair, 'Abdul Rahman bin Auf, S'adbin Abi Waqqas, S'ad bin Zaid, dan Abu 'Ubaidah (moga Allah memberkati mereka). Mereka adalah orang-orang yang disebut di dalam Veda sebagai Dash ashrijah - '10 jambangan bunga dari syurga'.

Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang berjuang di Badar. (Bilangannya yang tepat adalah 313, tetapi dalam kebanyakan ramalan angka ini digenapkan). Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda Arab yang pantas, terutamanya yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya).

10,000 ekor lembu merujuk kepada sepuluh ribu sahabat yang mengiringi Nabi semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit 'go' diterbitkan daripada gaw yang bermakna pergi berperang, dan digunakan bagi kedua-dua kerbau dan lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu digambarkan sebagai simbol peperangan, keamanan dan persahabatan.

Kita dapati kedua-dua sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Mereka adalah manusia yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta perkasa dalam memastikan keamanan dan keadilan. Inilah sebab orang-orang Hindu menganggap lembu sebagai haiwan suci padahal istilah zaman purba Avestan-Sanskrit 'lembu' bermaksud 'orang suci' atau sahabat orang suci. Penyelewengan ini juga terdapat dalam bahasa Aramaik Kuno yang mengistilahkan 'anak-anak Tuhan' sebagai orang-orang suci tetapi orang-orang Kristian menyalahanggap istilah ini.


Apakah yang terjadi kepada bangsa Mala (Aryan) yang berasimilasi dengan kaum purba India? Apakah nama yang diberi oleh orang-orang Iran Kuno kepada saudara mereka dari Bangsa Mala?

Siapakah Bani Jawi?

Apakah dia yang pemberian (gift) diberi oleh Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam kepada anak-anaknya? Apakah misi yang digalas oleh Bani Jawi dalam perjalanan mereka ke Timur Jauh? Nantikan sambungan Terahsia Bangsa MALAYu IV . . .


Next Article > > >  SECRETs 'Terahsia Bangsa MALAYu' IV




Menyusuri jejak-jejak MALAYu sehingga ke Emperor Cambyses di Parsi dari haluan Sungai Mekong . . .

-Rahsia Sungai Mekong

-Jayavarman,Sailendra dan Khmer

-Angkor Wat dan Borobudur

-Dari Cambyses ke Kemboja

-Funan dan asimilasi Viet dari Mala Laut (Indonesia)

-Tatabahasa Veda dan Avestan

-Hyperborean, Aryan dan rahsia Hitler-Nazi

-Operasi rahsia Nazi di Tibet mencari bangsa yang hilang

-Catatan-catatan pengembara Eropah

-Kapal-kapal Bangsa Mala

-Siapakah Bani Jawi?

-Misi Terahsia Bani Jawi


Jejak-jejak MALAYu semakin mendebarkan!! . . .


ps: Jangan anda bertanya pada bukan ahlinya. Karana ianya perbuatan yang sia-sia.
TANYA pada ahlinya (pakar). 

DOKTOR SEJARAH ANDA

Abang sakit apa? Buta sejarah?
Biar Cik Seri suapkan ubat sampai celik ekk!


Sila mematuhi etika blog yang betul apabila menghantar komen anda. Pemilik blog akan menjalankan budi bicara membenarkan atau menolak sebarang komen yang dianggap sebagai menghasut, memfitnah, memfitnah, bersifat perkauman, kesat, menghina, dan lain-lain kenyataan yang mempamerkan ciri-ciri yang serupa. Jika anda berkeras untuk menggunakan komentar anonymous, sila tulis nama anda atau ID lain di hujung mesej anda. (Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message).


Umm-Al-Muminin Wives Of Muhammad Shalla'Allahu Alayhi wa Sallam (Peace and blessings Of God be on him). 1) Khadijah bint Khuwaylid   2) Sawda bint Zamʿa   3) Aisha bint Abi Bakr  4) Hafsa bint Umar   5) Zaynab bint Khuzayma   6) Hind bint Abi Umayya   7) Zaynab bint Jahsh   8) Juwayriya bint al-Harith 9) Ramlah bint Abi Sufyan   10) Rayhana bint Zayd   11) Safiyya bint Huyayy 12) Maymuna bint al-Harith   13) Maria al-Qibtiyya


Hubungan Nabi Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dengan bani Israel melalui pertalian perkahwinan dengan Safiyyah Radhiya‘Allahu Anha Keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam Isteri ke-11 Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam

Safiyyah  Radhiyallahu Anha ialah perempuan kapada Hai, seorang dari keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam, saudara lelaki Nabi Allah Musa Alayhis Sallam. Pada mulanya beliau telah dikahwinkan kepada Salam bin Mushkan dan kemudian kepada Kananah bin Abi Haqiq ketika di Kheybar. Kananah telah terbunuh di dalam peperangan Kheybar dan Safiyyah telah di tawan oleh orang`orang Islam.

Apabila Dahya Kalbi  memohon kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam akan seorang gaji, beginda menyerahkan Safiyyah kepadanya. Apabila perkara ini belaku, para Sahabat yang lain menemui Rasulullah Salla ‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dan berkata: "Wahai Pesuruh Allah! Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak`puak Yahudi dari bani Israel dari Madinah) akan merasa tersinggung melihatkan seorang anak perempuan ketua Yahudi dari bani Israel dijadikan orang gaji. Oleh itu kami mencadangkan beginda memperisterikannya."

Nabi lantas memberikan bayaran yang sepatutnya kepada Dahya Radhiya‘Allahu Anhu sebagai wang tebusan dan berkata kepada Safiyyah: "Kini  kamu sudah bebas, sekiranya kamu suka kamu boleh kembali kepada puak mu ataupun kamu boleh menjadi isteriku." Sufiyyah menjawab: "Telah lama aku menunggu untuk bersama dengan tuan sejak aku seorang Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi Islam?" Adalah dikatakan bahwa sekali Safiyyah ternampak di dalam minpinya sebagaimana daripada bulan jatuh kepangkuannya. Apabila beliau menceritakan mimpinya ini kepada suaminya Kananah, beliau telah dipukul dengan hebatnya pada mukanya sehingga mengakibatkan kesan 1 tanda di atas matanya.

Kenanah menyergah: "Nampaknya kamu berhasrat untuk menjadi isteri kepada Raja Madinah" Bapanya juga dilapurkan memukulnya sedemikian rupa apabila ia menerangkan mimpinya itu kepadanya. Pada suatu ketika pula di dalam mimpinya beliau melihat matahari berada di atas dadanya. Apabila mimpinya ini dikemukakan kepada suaminya, dia berkata: "Kamu nampaknya sedang berharap untuk menjadi Permasuri Madinah." Safiyyah berkata: "Aku dikahwinkan kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika aku berusia 17 tahun." Beliau datang untuk tinggal bersama`sama Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika beginda sedang berkhemah di pangkalan pertama dari  Kheybar .

Di pagi keesokan harinya beliau berkata kepada para Sahabat: "Biarlah setiap orang membawa barang apa jua pun yang dia punyai untuk di makan.” Mereka semuanya pun membawa barang`barang makanan yang dipunyai mereka masing`masing seperti buah`buah tamar, keju, mentega dan sebagainya. Sehelai kain diperbuat dari kulit dihamparkan (saprah) untuk meletak makanan `makanan yang dibawa itu, lalu mereka semuanya duduk mengelilingi hamparan itu untuk berkongsi makanan itu bersama`sama. Ini adalah Walimah untuk perkahwinannya itu. Safiyyah  Radhiya‘Allahu Anhuma meninggal DUNIA pada bulan Ramadhan tahun 50 Hijrah berusia lebih kurang 60 tahun.

'Don't let yourself by the Train'
VIDEO: NATO, CIA, Mossad Cuba Merosakkan Syria & Timur Tengah

The following is a video compilation of reports from various alternative media journalists about the real goings-on in Syria. We can see clearly who are the real terrorists in Syria and on this planet.

This is a real life example of foreign (read western) forces subverting another less powerful sovereign nation (read Syria) through covert means, aided by treacherous local groups, among others. It has already occurred in Libya and now they are doing the same thing to Syria. Now transpose that to what has happened recently in our country (read Bersih) and try to connect the dots. And it has no connection to democracy, free and fair election, etc. Did the so-called "democratic" western coalition bring democracy, or even a semblance of it, to the targeted Muslim nations? We all know the answer to that. We may suffer the same fate if we are not careful.

Berikut adalah himpunan video laporan dari pelbagai media alternatif wartawan mengenai sebenar kejadian yg aneh di Syria. Kita dapat melihat dengan jelas yang adalah pengganas sebenar di Syria dan di atas planet ini. Ini adalah contoh kehidupan sebenar asing (baca barat) daya yang cuba 1 lagi negara yang kurang berkuasa berdaulat (baca Syria) melalui cara rahsia, dibantu oleh kumpulan-kumpulan tempatan khianat, antara lain. Ia telah berlaku di Libya dan sekarang mereka melakukan perkara yang sama ke Syria. Sekarang alihan bahawa apa yang telah berlaku baru-baru ini di negara kita (baca Bersih) dan cuba untuk menyambung titik. Dan ia mempunyai tidak berkaitan dengan demokrasi, pilihan raya bebas dan adil, dan sebagainya. Adakah apa yang dikenali sebagai "demokrasi" pakatan barat membawa demokrasi, atau bahkan mustahak, negara-negara Islam yang disasarkan? Kita semua tahu jawapan itu. Kita boleh mengalami nasib yang sama jika kita tidak berhati-hati . . .

Source: YouTube


LiquidMetal iPhone

With reports of the upcoming iPhone running rampant, one talented designer decided to show us what a LiquidMetal iPhone might look like. The result is this spectacular rendering, depicting the new iPhone with a larger widescreen, virtual home button and that weird new metal with its otherworldly characteristics.

To enjoy the full complement of pics from all angles, take a look at the full LiquidMetal iPhone gallery of this beautiful concept, which might be surprisingly close to the actual iPhone's appearance when it's delivered to its fanatical customers.

Dengan laporan iPhone akan datang berlari berleluasa, salah seorang pereka berbakat memutuskan untuk menunjukkan kepada kita betapa iPhone LiquidMetal mungkin kelihatan seperti. Keputusan ini terjemahan menakjubkan, menggambarkan iPhone baru dengan yang lebih besar skrin lebar, rumah butang maya dan bahawa logam baru yang aneh dengan ciri-ciri rohani.

Untuk menikmati lengkap Foto dari semua sudut, mengambil lihat galeri iPhone penuh LiquidMetal konsep ini indah, yang mungkin akan mengejutkan dekat dengan kemunculan iPhone sebenar apabila ia dihantar kepada pelanggan fanatik.

Wish U Were here babe . . .

Message: Wish.You.Were.Here ~ Pink.Floyd.1WORLD human Right Community Sharing 2012. Pink Floyd merupakan sebuah band rock Inggeris yang mencapai kejayaan antarabangsa dengan muzik rock progresif dan Psychedelic mereka ditandakan oleh penggunaan lyrics falsafah, eksperimen-eksperiman sonik, dan huraikan menunjukkan hidup. Salah satu kumpulan rock yang paling komersil yang berjaya dan berpengaruh dalam sejarah muzik popular, mereka telah menjual lebih 200 juta album di seluruh dunia, termasuk 74. 5 juta unit yang disahkan di Amerika Syarikat. (Pink Floyd were an English rock band that achieved international success with their progressive and psychedelic rock music marked by the use of philosophical lyrics, sonic experimentation, and elaborate live shows. One of the most commercially successful and influential rock groups in the history of popular music, they have sold over 200 million albums worldwide, including 74. 5 million certified units in the United States). layan bebe 'Have a nice day n Enjoy the Music!!! Time Of video: 04:59 . . . the video explains the rest.

Wish U Were here . . .

Dedicated to all the AMAZING Egyptian men and women behind the peaceful protests.  Many thanks to Channel 4 News, PBS, Daily News Egypt, CBS, Al Masry Al Youm, Al Jazeera, HBO, Newsweek, Russia Today, Associated Press and IBN for the footage. Songwriters: Kanye West, Malik Jones, Dexter Mills, Jeff Bhasker, Jay Jenkins Producers: Kanye West, Jeff Bhasker Recorders: Andrew Dawson, Anthony Kilhoffer Keyboards: Jeff Bhasker. Background vocals: Mr Hudson, Tony Williams Mix engineer: Manny Marroquin Assistant engineers: Christian Plata, Erik Madrid Artist: Kanye West. Time Of video: 04:03

The video explains the rest . . .

'Don't let yourself by the Train'

AMARAN: video ini mengandungi adegan bahawa sesetengah penonton mungkin di dapati sangat meresahkan. Budi bicara penonton yang waras dinasihatkan. Apabila anda melihat kemarahan manifesting diri mereka di depan mata anda sendiri, maka tidak mengabaikan sebab mengapa kita telah dimaklumkan tentang mereka. Masa kita sedang berjalan dan kita terperangkap dalam kehidupan DUNIAWI, wahai insan insaflah kita mengabaikan akan menyembah Allah Subhanahuwa Ta’ala, sebelum terlambat! 

WARNING: This video contains scenes that some viewers may find upsetting. Sensible viewer discretion is advised. When you see these Signs manifesting themselves in front of your very own eyes, then dont ignore the reason why we have been informed about them . . . our time is running out and we are trapped in our mundane lives ignoring the immense honour of worshipping God Almighty ‘Allah Subhanahuwa Ta’ala’ before it's too late! Time Of video: 10:00. The video explains the rest . . .

Remember: "Don't let yourself left by the Train"

Our Responsibility @GOLDMINE 1WORLD Community Should Render Back the trusts to those to Whom they Due: (@18 Group Of people) Poor People, Orphan, Single Mother, Single Father, Student, Low In Come, Jobless, Disable, Patient, Old Citizen, Prisoner, Bankruptcy, FARMER, Fishermen, RICH People, All RACES, All Country And All Government In theWhole WORLD. theWORLD for free! New WORLD Principle:  ASSETProperty "It's NOT For SALE, It's Not For Bought, It's FREE!:  *Free House *Free Car * Free Education: College, University. *Free ELETRICAL GOODs: Air Con, PC Laptops, Home Theatre. *Free FURNITURE: Sofa Set, Bed Set, Sauna Bath, Kitchen Cabinet, Dining Table. *Free Vacation: Travelling Around the WORLD, Holiday, HAJ, UMRAH, NOW EveryONE CAN Fly, Hotels. *Free Life Insurance: (Free Hospital Fund, Free Funeral Fund, Free Death Fund, Free Pension Fund).

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...