Spread the WORDS Of Humanity, GOD ALMIGHTY SAYS IN THE HOLY QURAN: 'NO REWARD DO I ASK OF YOU FOR IT: MY REWARD IS ONLY FROM THE LORD OF THE UNIVERSE'. (Firman Allah Ta’ala: ‘Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam)'. (Surah 26 'Asy'araa: verse 109)
1WC'sNEWS@humanRightCommunitySharing2012
1WC'sNEWS@humanRightCommunitySharing2012
1WC'sNEWS@humanRightCommunitySharing2012
Maka sebarkanlah apa saja yang anda fikirkan perlu disebarkan. Apa yang anda baca di sini hanyalah maklumat. Ianya akan menjadi ilmu yang manfaat apabila diamalkan. Dan jika kita sampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain, maka Allah Ta'ala akan menganugerahkan kepada kita ilmu yang belum kita tahu.
We are living in a time when the Corrupt are displayed as the Wise People & Wise People as the Corrupt. When The Rich get Richer and the Poor stay Poor. With this Message I will attempt explain one Of the Signs from God & The Mystery Surrounding us. We don't know exact time Of the HOUR, (Only God Knows). However, we do know some Of the Sign. Read Carefully. Think & Observe the Signs Of All Mighty God before it's too late. The HOUR is Coming, it's just a matter Of time . . .
SECRETs 'Terahsia Bangsa MALAYu' BHG V
Mari menyusun seroja
Bunga seroja
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja Rupa
yang elok
Di manja jangan
dimanja
Puja lah ia sekadar Oh
sekadar saja
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati
binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati
binggung
Lupakan saja asmara
Pada asmara . . .
Lupakan saja asmara
Pada asmara . . .
Mari menyusun seroja
Bunga seroja
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja
Rupa yang elok
Di manja jangan
dimanja
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja
(S. Effendy)
Selamat datang ke 'Gua
Rahsia'. Tuan-tuan dan Puan-puan! . . . di sini terdapat beberapa peti.
Peti-peti ini telah disimpan di sini sejak sekian lama, tetapi awas! ada pihak
yang mahu mengambil peti ini dan menyimpannya di tempat mereka. Mari kita lihat
peti-peti ini.
Peti yang bertanda
'Bangsa Gunung' telah dibuka. Anda sudah tahu apakah isinya dan mengapa bangsa
misteri digelar dengan bangsa gunung atau bangsa Tanah Tinggi oleh
bangsa-bangsa lain.
Anda juga boleh
menggelar mereka 'Highlander' aha . . . jika anda mahu. Lihat peti sebelah
kiri, peti ini berlabelkan 'Laut'. Ini adalah petunjuk jika kita mahu mengenali
karakter bangsa misteri. Bangsa yang
menyebar di kepulauan sudah tentu mempunyai kemahiran kelautan yang tinggi,
perbintangan dan arah angin serta ilmu membina kapal-kapal. Bangsa kelautan
(maritim) juga sudah pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain dan
bertukar-tukar pengetahuan dan budaya.
Ada sekumpulan peti
yang terletak di atas batu leper. Peti yang pertama berlabel, 'Abraham dan
Keturah'. Ini adalah nama sepasang suami isteri yang dikaitkan dengan bangsa
misteri. Peti sebelahnya bertanda 'Parsi dan Sumeria'. Peti ini jika dibuka
akan ditemukan helaian-helaian berlabel 'Vedic' dan 'Aryan'. Peti yang
dihadapannya berlabel 'Emas', dan jika dibuka anda akan tahu mengapa Nabi Allah
Sulaiman Alayhis Sallam (King Solomon) sanggup menghantar delegasi mencari emas
terbaik di sini dan mengapa raja-raja MALAYu Srivijaya mampu mengeluarkan
syiling-syiling emas sebagai matawang. Terdapat beberapa peti yang lain, yang
kita akan pergi melihatnya kelak, tetapi mari kita buka 1 peti ini, yang
terletak terasing sedikit di sudut pintu gua.
Peti ini mempunyai ukiran bunga melur yang indah di atasnya. Peti ini
berlabel 'Wangi-wangian'.
RAHSIA
DARI WANGI-WANGIAN
"Dang Nila
memangku puan
Berembang buah pedada
Adakah gila bagimu
tuan
Burung terbang
dipipiskan lada (Bunga Tanjung Biru -Sejarah MALAYu)
Untuk membicarakan
sejarah MALAYu, kita tidak seharusnya mengongkong diri dengan sempadan
geografi. Kita mesti berfikir secara global. Atau lebih tepat secara Alam
MALAYu. Atau secara 'Nusantara'. Dahulu, beratus tahun atau beribu-ribu tahun
dahulu tiada apa yang dinamakan 'Malaysia' atau 'Indonesia' atau 'Brunei' atau
sebagainya. Yang ada ialah Alam MALAYu atau Nusantara.
Perkataan 'MALAYu' itu
sendiri diketahui oleh bangsa-bangsa lain seperti yang terdapat dalam arkib
Sanskrit dan Tamil, Parsi, China dan Eropah menunjukkan bangsa ini telah lama
bertamadun dan yang penting mereka tahu bahawa budaya, bahasa dan tempat
tinggal mereka adalah sama iaitu Alam MALAYu yang meliputi Benua Siam (IndoChina),
Semenanjung dan kepulauan MALAYu merangkumi pulau-pulau Indonesia, Filipina
sehingga ke Taiwan dan mencapai pulau-pulau selatan Jepun, pulau-pulau kecil di
lautan Hindi hingga mencapai Madagaskar. Perkataan 'Nusantara' pula setakat ini
diketahui dikesan dalam Sumpah Palapa yang diucap oleh Gajah Mada iaitu
Mahapatih Majapahit (Menteri Besar) bagi kerajaan Majapahit (1334-1359)
"Sira Gajah
Madapatih Amangkubhumi tan ayun amuktia palapa, sira Gajah Mada: "Lamun
huwus kalah nusantara isun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seran,
Tanjung Pura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang,
Tumasik, samana isun amukti palapa". (Gajah Mada Mahapatih Majapahit)
Maksudnya: Beliau Gajah
Mada Patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa. Beliau Gajah Mada,
"Jika telah mengalahkan Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa. Jika
mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda,
Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa".
Gajah Mada adalah
seorang negarawan ulung Alam MALAYu ketika itu. Istilah 'Nusantara' yang
disebut olehnya menunjukkan bahawa kata ini telah digunakan sejak sekian lama
di seluruh kepulauan MALAYu. Bangsa Malai yang mendominasi Nusantara terdiri
daripada etnik-etnik Mala-Aborigine: mereka biasanya berambut kerinting,
berkulit gelap, bertubuh pendek dan tinggal di pinggir-pinggir hutan dan bukit.
Sebahagian besar mereka tinggal di kepulauan MALAYu hingga ke Pasifik seperti
Hawaii, Papua dan Easter.
Kemudian etnik-etnik
keJawaan; mereka ini berkulit sawo matang dan bertubuh tegap. Ada di antara
mereka memiliki mata yang kecil. Mereka adalah etnik Mala yang rajin dan suka
mendominasi sesuatu. Selebihnya ialah etnik Malai Polinesian iaitu etnik yang
agak terbuka identiti etnik mereka. Warna kulit mereka pula bervariasi dari
yang gelap, sawo matang, kuning langsat sehinggalah cerah.
Mereka ini agak
terbuka dengan bangsa asing yang ingin mengenali mereka dan bersikap peramah.
MALAYu Kedah (termasuk etnik semenanjung yang lain), Acheh, Cham, Siam, Pattani
dan Bugis (sekadar menyebutkan beberapa contoh) adalah tergolong dalam kelompok
ini.
Mereka amat
mementingkan kostum dan hias-hiasan pada tubuh mereka. Mereka juga digelar kaum
Tanah Besar kerana majoriti mereka tinggal di semenanjung hingga ke Segenting
Kera dan sejauh Indochina sehingga mencapai Yunnan, dan sebahagian yang lain
ada yang tinggal di kepulauan seperti di Borneo dan Sulawesi. Ini adalah
sekadar kategori sahaja berdasarkan cara hidup dan perubahan geografi yang
merubah etnik-etnik Mala ini di The Land of The East. Hakikatnya mereka adalah
dari rumpun yang sama iaitu NUSANTARA.
Bangsa Mala yang
tinggal di kepulauan sudah semestinya berasal dari Tanah Besar juga, tetapi
terdapat 3 kemungkinan,
1. Sama ada mereka
berasal Tanah Kanaan, menuju ke Himalaya, merentasi Sungai Mekong hingga ke
Yunnan seterusnya menurun ke Benua Siam (Indochina) dan belayar ke Kepulauan
MALAYu. Rujuk Teori Ibrahim-Keturah
2. Atau dari Tanah
Kanaan, mereka menuju ke arah laut dan belayar hingga ke kepulauan MALAYu.
Rujuk Teori Pelayaran Raja Mus.
3. Mereka sememangnya
tinggal di daratan Tanah Besar tetapi perubahan geografi menyebabkan Tanah
Besar terpisah-pisah menyebabkan terjadinya pulau-pulau. Rujuk Teori Lemuria
dan pencairan ais ketika berakhirnya Zaman Ais serta Teori Hanyutan Benua.
Perkataan 'Mala'
adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang
menceritakan kehidupan, perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di
Nusantara beribu tahun dahulu. 'Mala' sebenarnya bermaksud 'bunga' atau
'haruman'. 'Mala' adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur; 2 bunga yang
menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam mistik dan kesusasteraan MALAYu.
Nama gadis-gadis
MALAYu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur, menunjukkan nama 2 bunga
ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.
Perkataan Mala adalah
nama asli bangsa ini, ketika di sebelah Parsi-Sumeria, bangsa ini digelar
Mala-Ur atau negeri Mala/kaum Mala, tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit
Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur, ini kerana sudah
tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana
bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan
kesusasteraan ke Benua Kecil India.
Perhatikan kata
Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang MALAYu. Para sarjana China
Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata
Ma-La-Yu. 'Mala-Yu' adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria
kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya,
pemikiran seterusnya kaum itu sendiri. Gadis yang bernama Mala, Melur atau
Melati adalah lambang gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat MALAYu
ketimuran.
Dari sukukata 'Mala',
bangsa purba memberikan pelbagai panggilan dengan penambahan suffix yang
berbeza.
Bunga,haruman dan
wangi-wangian adalah salah 1 kod rahsia bangsa misteri. Jika kita ingin
mengenali bangsa ini, kita perlu tahu apakah signifikannya perlambangan bunga
dan wangi-wangian kepada bangsa MALAYu. Bangsa misteri ini telah sekian lama
menghasil-kan wangi-wangian untuk tujuan perubatan, mistik atau mengawet
sesuatu.
Bangsa misteri selain
menggunakan bunga-bungaan, sering juga menggunakan rempah-rempah untuk
mewangikan ruangan rumah atau balai. Mengapa kerajaan-kerajaan Eropah
berlumba-lumba mahu menguasai Selat Melaka?
Antara faktor terbesar
ialah untuk menguasai perdagangan rempah.Rempah-ratus adalah bahan yang penting
untuk memanaskan tubuh,sebagai ubat-ubatan dan resepi masakan. Dan perdagangan
rempah sebenarnya telah dikuasai oleh pelabuhan-pelabuhan MALAYu. Mengapa?
Rempah adalah 1 bahan yang penting dalam kehidupan mistik di dalam istana
Firaun dan rahib-rahib Judea Kuno. Para ahli sihir Firaun adakalanya menaburkan
rempah-rempah di dalam persembahan sihir mereka kerana bau rempah-rempah yang
harum dan beraroma ini menimbulkan sensasi dan mengkhayalkan; membantu mereka
dalam kerja-kerja sihir mereka.
Para rahib Judea (Kerajaan Yahudi Kuno, selain kerajaan Samaria) kerapkali
membakar kemenyan; salah satu campuran rempah dalam bentuk getah pepejal untuk
melengkapkan ritual mereka. Pokok Kemenyan (Styrax benzoin Dryand) adalah pokok
yang biasanya ditemui di Kepulauan MALAYu.
Kemenyan dalam bahasa Inggeris ialah Benzoin Resin, dan resin bermaksud
damar atau getah kemenyan itu. Perkataan 'Benzoin' (banjawin, benjamin) berasal
dari bahasa Arab iaitu 'lubban jawi'. Perkataan 'jawi' adalah nama tempat itu
diambil iaitu Tanah Jawi, dan ini adalah fakta bahawa para pedagang Arab sedar
dari mana kemenyan berasal iaitu sebagai contoh dari Sumatra (S. Benzoin-Sumatra
benzoin), Benua Siam (S. tonkinensis -Siam benzoin) dan Jawa (Javan
frankincense).
Rempah-ratus juga digunakan untuk upacara mengawet mayat. Mumia-mumia
Firaun diawet dengan menggunakan rempah-ratus ini dan segala rempah-ratus ini
terutamanya kapur barus dipercayai diimport melalui pelabuhan yang terletak di
Barus, di Sumatera Utara. Kemenyan juga dikesan penggunaannya di dalam budaya
Yahudi Kuno di dalam ritual-ritual mereka termasuk menyambut kelahiran bayi dan
segala bekalan kemenyan ini di dapati dari Nusantara.
Bunga
Kemboja
Bunga Kemboja (Plumeria
acuminata, famili Apocynaceae), adalah salah satu bunga purba yang dihormati
bangsa Mala. Bunga ini adalah bunga yang kerapkali kita jumpa di
perkuburan-perkuburan MALAYu. Ini menunjukkan terdapat warisan ritual
bunga-bungaan pada masa silam yang masih berbaki dalam masyarakat moden MALAYu
hari ini. Bunga Kemboja berwarna putih dengan pusat bunga berwarna kuning
keemasan. Pokok ini sememangnya banyak ditanam di halaman candi (di Tanah Jawa)
dan kawasan kubur.
Kehadiran bunga Kemboja di
perkuburan MALAYu amatlah mengundang perasaan aneh dan misteri. Adakah bunga
ini melambangkan kematian atau kehidupan selepas mati?
Di Bali, Tarian Legong Keraton
tidak akan lengkap tanpa bunga ini. Bunga ini selalu dipakai di telinga penari
semasa upacara tarian itu berlangsung. Di Jawa pula, bunga Kemboja dilarang
ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh menimbulkan kesan seram seperti
suasana kubur dan juga boleh mengundang roh jahat yang akan mengganggu
ketenteraman penghuni rumah. Ada juga
sebahagian masyarakat yang percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga
Kemboja yang berkelopak genap (6 helai) akan mendapat rezeki.
Bunga
Cempaka
Bunga Cempaka (Allamanda family
Araceae) adalah juga salah satu bunga yang mendapat tempat pada budaya dan
kesusasteraan MALAYu purba. Bunga ini selalu juga digunakan di dalam seloka,
gurindam dan juga prosa MALAYu dahulukala. Bunga cempaka adalah bunga yang
cantik.
Tidak hairanlah terdapat
manuskrip MALAYu dinamakan Cempaka Sari dan nama kerajaan purba MALAYu
dahulukala juga di ambil dari nama bunga ini. Tumbuhan bunga ini mempunyai
kelebihan dari segi perubatan.
Bunga
Kenanga
Bunga Kenanga (Canangium
odoratum, famili Annonaceae) sangat sesuai ditanam di halaman rumah kerana
ianya dapat menolak `black magic` seperti terkena buatan orang. Bunganya yang
berbau harum digunakan untuk membuat bunga rampai atau dipakai semasa upacara
adat tertentu.
Pokok kenanga merupakan pokok
yang besar setinggi 38m dengan diameter batangnya 1m. Pokok kenanga yang
ditanam untuk tanaman hiasan biasanya setinggi 1 hingga 2 m.
Bunga
Melati/Melur
Bunga Melati (Jasminum sambac,
famili Oleaceae) telah dinobatkan sebagai bunga rasmi Indonesia oleh Presiden
Soeharto pada 5 Julai 1990. Bunga ini merupakan simbol kepada kesucian,
ketulusan dan kebersihan hati. Bunga Melati juga antara bunga yang menjadi
lambang kemalayuan purba dan banayak hikayat yang menyebut nama bunga ini dan
nama wanita yang dikaitkan dengan bunga ini juga adalah perkara biasa.
Melati sangat popular dalam
kehidupan masyarakat MALAYu, Betawi, Jawa, Sunda, Madura dan Bali kerana ianya
dianggap melambangkan kesuburan, kesejahteraan dan kemakmuran. Pengantin tanpa
lilitan untaian Melati pada keris yang dipakainya akan dianggap kurang sempurna
pernikahannya.
Ibu-ibu yang mempunyai air susu
yang kurang boleh menjadikan Melati sebagai ubatnya. Melati yang sudah digiling
hendaklah disapu pada buah dadanya agar air susu yang dihasilkan bertambah
banyak. Melati
dapat dibezakan kepada 2 jenis berdasarkan kepada mahkota bunganya, iaitu yang
berbunga tunggal dan berkumpulan. Bunga Melati berwarna putih dan berbau harum.
Bunga
Kemuning
Bunga Kemuning (Murraya
paniculata famili Rutaceae) merupakan pokok yang setinggi 3 – 7 m, berbatang
pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman ini
berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal
ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ianya bertukar menjadai putih
bersih.
Bunga
Seroja
Bunga Seroja (Nelumbo nucifera famili Nelumbonaceae) adalah bunga yang
sering menjadi lambang dalam agama Buddha. Seroja sering terkeliru dengan bunga
yang hampir sama dengannya iaitu Bunga Teratai. Bunga Seroja ditakrifkan
sebagai lambang kebijaksanaan dan pencerahan. Adalah dipercayai, Bunga Seroja dibawa ke Mesir melalui ekspedisi-ekspedisi raja dan ratu Mesir ke Nusantara.
Seroja sering dilihat sebagai bunga yang disucikan dan
dihormati oleh agama misteri Firaun dan motif bunga ini diukir di dinding kuil
selain ditanam di taman-taman diraja. Dari Mesir, bunga ini disebarkan ke
Assyria, seterusnya ke Parsi, India dan China.
Bunga
Teratai
Bunga Teratai
(Nymphaea famili Nymphaeaceae) sering dikelirukan dengan bunga Seroja. Seroja
memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air,
sebagaimana pada teratai. Pada zaman dulu, orang memang sering mencampuradukkan
antara tanaman 'genus Nelumbo' seperti seroja dengan 'genus Nymphaea'
(teratai). Pada bunga jenis Nelumbo, bunga terdapat di atas permukaan air
(tidak mengapung), kelopak berwarna merah (teratai berwarna putih hingga
kuning), daun berbentuk lingkaran penuh dan rimpangnya biasa digunakan. Jika
Seroja amat rapat dalam menerangkan pencerahan dan kebijaksanaan dalam agama
Buddha, apabila umat MALAYu menerima Islam, bunga Teratai menjadi ganti
menerangkan falsafah yang kompleks.
Bunga Teratai menjadi
perlambangan kepada ajaran Islam dan konsep ketuhanan sebagaimana kajian
seorang pengkaji, Abdullah Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep bunga
Teratai di Alam MALAYu:
Bagi tingkat ketuhanan
tangkai adalah adalah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum
bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al
'Ahadiyah”.
Bila terjadi
perdampaan di antara 2 sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul “kudup”
bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup.
Kudup adalah
melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang mula-mula lahir dalam alam hakikat,
sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat
Muhammdiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup
yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan
lain-lain.
Selepas segala kelopak
berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak,
menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari
hakikat-hakikat segala sesuatu yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.
Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Abdullah, zat Tuhan
kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka
lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama
kudup. Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran
sebelum lahirnya alam besar.
Bagi tingkat kealaman
ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur Muhammad’. Sementara Sekuntum bunga
teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga
itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.
Abdullah juga dalam
kajian falsafah Teratai menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian
alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam
masyarakat MALAYu. Penggunaan motif atau bunga teratai digunakan sejak sebelum
kedatangan Islam lagi. Menurut beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga
teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu.
Bunga telah lama
menjadi tradisi bangsa MALAYu. Amalan menabur bunga di perkuburan bukanlah
ikut-ikutan budaya orang lain malah ini adalah budaya MALAYu kuno
zaman-berzaman. Amalan mandi bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan
orang MALAYu lama sebelum terapi bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat. Mandi
Bunga memang merupakan ritual orang MALAYu tradisonal yang mempunyai
unsur-unsur yang sudah bercampur-aduk antara kepercayaan Dinamisme, Hinduisme
dan ‘Popular Islam’.
Dinamisme ialah
kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis,
tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya. Dalam bidang antropologi, tenaga
ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’, dengan meminjam istilah rumpun suku
Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’ oleh
orang Jawa.
Di kalangan orang
MALAYu tradisional, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ seperti yang difahami
oleh mereka dalam insiden ‘lemah semangat’, ‘kus semangat’ dan sebagainya.
‘Mana’ bagi golongan tertentu mempunyai gelaran yang khusus. ‘Mana’ bagi raja-raja
dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’. Sedangkan ‘mana’ bagi para ahli agama
baik golongan pawang dan dukun pada zaman Dinamisme, sami dan pendita pada
zaman Hinduisme-Buddhisme, mahupun alim-ulama’ pada zaman Islam, dipanggil
sebagai ‘berkat’ dan ‘keramat’.
Salah satu ramuan
Mandi Bunga ialah limau yang dianggap dapat menjauhkan segala makhluk jahat.
Limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan bahan utama untuk pelbagai
kepercayaan dan ritual orang MALAYu tradisional. Sebagai contoh:
1. Air tepung tawar
yang ‘asasnya’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan limau purut
yang dihiris.
2. Limau nipis
digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau
purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena
buatan orang.
3. Upacara
‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan dalam pakej adat perkahwinan MALAYu
tradisional iaitu selepas kedua-dua pengantin bersatu. Pengantin akan
berpakaian lengkap dan duduk di bawah naungan kain yang diregangkan dengan
pegangan 2 orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan
lain-lain ramuan akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut.
4. Di Perak, mandi
tolak bala dilakukan dengan menggunakan hirisan buah limau nipis yang
digosok-gosokkan ke badan seperti mana sabun. Selepas itu, barulah sambungan
kepada perkara-perkara yang dilakukan dalam ritual tersebut akan dilanjutkan.
5. Dalam upacara
berdoa’ dan memanggil semangat padi di Sungai Dacing, Lenggeng, Negeri
Sembilan; pawang akan ‘menawarkan’ limau-limau yang disediakan dengan cara
menepung tawar, menjampi dan meludahnya sebanyak 3 kali. Selepas itu, limau
akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian
padi, agar padi subur dan selamat dari bencana.
6. Wujud juga
pantang-larang berkenaan limau dalam kehidupan orang MALAYu tradisional. Salah
satu daripadanya ialah larangan membawa limau purut jika mandi di sungai, nanti
dibaham buaya. Kononnya buaya amat marah dan mungkin mengganas kerana buah
limau itu menyerupai bonjol di atas kepalanya dan berhubung kait pula dengan
asal usul kejadiannya.
Daun, bunga dan limau
dengan sifat-sifat tertentu (misalnya daun bertemu urat dengan warna tertentu)
dan bilangan tertentu (misalnya 7 jenis bunga dipetik ketika pagi masih
berembun), ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan
‘mana’ yang akan membawa manfaat yang diinginkan.
Oleh yang demikian,
unsur kepercayaan Dinamisme dalam amalan Mandi Bunga dapat dikesan apabila
ramuan mandi yang telah mempunyai ‘mana’ tersendiri disatukan bagi membentuk
gabungan ‘mana’ yang baru pula.
Hasil daripada
kewujudan ‘mana’ baru yang ‘lebih
bertenaga’ ini, maka dipercayai kononnya ‘mana’ pada orang yang melakukan Mandi
Bunga juga akan menjadi lebih kuat, berupaya menghalau segala sial dan sihir,
serta mampu menarik lebih banyak tuah dan keuntungan.
Bau-bauan yang wangi
dalam amalan Mandi Bunga ini juga dipersembahkan kononnya sebagai bahan
pengorbanan kepada makhluk-makhluk halus yang akan membantu mengambil hati
mereka. Maka apabila perbuatan ini dilakukan, makhluk halus yang jahat dan
membawa sial akan meninggalkan diri pihak yang melaksanakan amalan Mandi Bunga
itu. Makhluk halus yang baik pula dipercayai akan menggantikan tempat yang
dikosongkan oleh makhluk halus yang jahat tadi dan sekaligus membawa manfaat
kepada pihak tersebut.
Orang MALAYu memang
rapat dengan bunga dan tahu rahsia dan kekuatan setiap bunga-bungaan tersebut.
Jika kita lihat halaman rumah orang MALAYu di kampung-kampung, kita akan dapati
pelbagai jenis bunga biasanya ditanam oleh orang-orang MALAYu di halaman rumah.
Lambang bunga juga
dijadikan simbol kerajaan MALAYu Purba, malah menjadi motif
bagi nisan raja-raja besar mereka. Bunga Teratai dan Seroja selalu dipilih
untuk menghiasi bahagian atas nisan-nisan raja-raja MALAYu.
Pada pintu gerbang
kota juga lambang bunga dipahat dan terdapat juga lambang bunga di
meriam-meriam MALAYu dahulukala. Kegemaran bangsa MALAYu menjadikan bunga sebagai lambang kerajaan mereka
diwarisi oleh Indonesia yang menjadikan Bunga Melati sebagai bunga kebangsaan
manakala Malaysia memilih Bunga Raya sebagai bunga rasmi negara.
Kemenyan adalah lambang ritual masyarakat MALAYu. DUNIA kedukunan MALAYu
tidak sah jika tidak menyertakankan wangi-wangian ini. Selain dijadikan alat
perbomohan, kemenyan digunakan di istana-istana raja sebagai 'perfume' dan ia
selalu dibakar di dalam dupa-dupa berkerawang yang indah buatannya. Jika colok
menjadi lambang ritual dan keagamaan bangsa Cina, kemenyan adalah lambang
ritual dan dunia mistik MALAYu.
Amalan membakar perasap dalam amalan Hindu sebenarnya berasal dari
Nusantara kerana pedagang India mendapatkan bekalan kemenyan terbaik dari
Nusantara.Ini tidak menghairankan jika pembaca memahami hubungan terahsia orang
MALAYu dengan budaya Vedic, Brahmin dan agama Ibrahim yang di bawa ke Benua
India beribu tahun dahulu. Bangsa MALAYu yang diiktiraf sebagai berkasta
Brahmin dan Ksatria dalam agama Hindu akan dibincangkan dalam siri seterusnya.
Orang MALAYu adalah bangsa bunga dan wangi-wangian,dan ini adalah
karakter misteri yang sukar ditelah oleh orang lain kecuali MALAYu sendiri.
Setiap orang MALAYu yang memahami rahsia bangsanya akan tahu rahsia ini.
Hanya orang MALAYu mengenal rahsia MALAYu. Gadis-gadis Orang Asli yang
gemar menyelitkan bunga dicelah telinga mereka mengingatkan rahsia yang
terpendam dalam sejarah bangsa Mala.
Di dalam DUNIA mistik MALAYu, bunga mendapat tempat yang teristimewa.
Sebab itu di dalam pengkisahan Tun Mamat di Gunung Ledang, penulisnya memilih
karakter-karakter makhluk bunga untuk menerangkan suasana mistik yang
menyelubungi Tun Mamat ketika di Gunung Ledang. Berada di taman bunga yang
misteri di tengah hutan rimba, akan menimbulkan suasana seram dan suara-suara
delusi di fikiran Tun Mamat:
Maka Tun Mamad pun naiklah dengan 2 orang yang pantas berjalan sertanya,
naik ke Gunung Ledang itu. Setelah datanglah had buluh perindu, maka Tun Mamad
dengan 2 orang yang naik itu, seperti akan terbanglah rasanya, daripada sangat
amat keras angin bertiup; maka awan pun seperti dapat dicapai lakunya, dan
bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang dengan suatu
taman, terlalu indah perbuatannya.
Maka Tun Mamad pun masuk ke dalam taman itu, maka dilihatnya serba bunga
yang ada di dalamnya pelbagai jenis, dan buah-buahan yang ada di dalam DUNIA
ini ada¬lah didalam taman itu, sekaliannya lengkap dengan jambangannya,
pelbagai rupa jambangannya
segala mergastua dan segala kayu-kayuan di dalam taman itu melihat Tun
Mamad datang, maka segala burung itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya; ada yang
seperti orang bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang
berseloka, ada yang seperti orang bergurindam; maka limau manggar pun bersorak,
anggerik pun mengilai, delima pun tersenyum; maka bunga air mawar pun berpantun
serta berseloka, katanya:
"Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan;
Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang."
Maka disahut oleh bunga tanjung, katanya:
"Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada."
Maka dijawab oleh bunga telipuk:
"Kuning Ledang bagai dikarang,
Riang-riang disambar wakab;
Hairan memandang DUNIA sekarang,
Bayang-bayang hendak ditangkap."
Maka Tun Mamad 'pun hairanlah mendengar reneana taman itu, seraya
berjalan ke Terigah taman itu. Maka Tun Mamad pun bertemu dengan sebuah balai,
semua perkakasnya tulang dan atapnya rambut: di atas balai itu ada seorang
perempuan tua, baik rupanya, menyampai kain pendukung; 4 orang perempuan
muda-muda mengadap dia.
Maka ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, "Orang mana kamu ini, dan
hendak ke mana kamu?" Maka kata Tun Mamad, "Kami ini orang Melaka,
nama hamba Tun Mamad, dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung
Ledang, Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini, tiada boleh naik,
akan hamba disuruhnya; dan tuan hamba, siapa nama tuan hamba?"
Maka sahut perempuan itu, "Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah
pengetua Puteri Gunung Ledang; nantilah hamba di sini, biar hamba persembahkan
segala kata tuan hamba itu pada tuan puteri."
(Sejarah MALAYu)
Jika kita ingin memahami rahsia bangsa MALAYu dan segala alternya,'BUNGA'
dan 'WANGI-WANGIAN' adalah katakunci (password) untuk membuka peti-peti yang
lain. Sememangnya bangsa Mala Proto di Nusantara dan Mala Deutro yang menetap
di sepanjang laluan ke The Land of The East a.k.a The Promised Land di mana
mereka tidak berniat untuk meneruskan perjalanan ke tanah nenek moyang mereka,
tetap berhubungan sama ada melalui budaya atau perdagangan.
Pada tahun 600 Sebelum Masehi, seorang raja Babylon kelihatan sedang duduk
termenung memikirkan 1 masalah besar. Permaisuri barunya sudah 2 hari di
dalam keadaan murung dan bersedih. Adakalanya tidak mahu makan dan minum.
Biarpun dipujuk berkali-kali, namun permaisurinya itu yang bernama Amuhia,
masih diam dan bersikap dingin.
Akhirnya setelah disiasat oleh dayang-dayang diraja, barulah Bukhtannasar
(Nebuchadnezzar II) mengetahui sebab isteri barunya bersikap dingin. Isterinya
itu merindui kampung halamannya yang jauh. Maka selepas itu raja Babylon
Bukhtannasar pun memerintahkan ekspedisi-ekspedisi ke Timur untuk mengambil
pohon-pohon besar dan benih-benih bunga terpilih untuk ditanam di taman agung
yang dirancang olehnya.
Siapakah gadis misteri bernama Amuhia ini? Mengapa raja agung Babylon
sanggup membina Taman Tergantung Babylon semata-mata untuk menanam bunga-bunga
kesayangan gadis misteri ini?
-Rahsia
bangsa Bunga dan Wangian
-Ekspedisi
para Firaun
-Bangsa
mistik bunga-bungaan
-Apa
yang dipelajari oleh para Firaun dari mistik bangsa bunga?
-Kemenyan,
Keturah dan Qathura
-Teori
Ibnu Athir
-Gadis
Suci Wangi-wangian
-Seroja
dan Kemboja
-Emperor
Cambyses dan Iran Kuno
-Ke
manakah saudara-saudara Mala yang lain?
-Scythia
dan Madayu
-Puteri
Bunga dari Timur Jauh
-Ramayana
dan Mahabharata
-Peperangan
di antara raja-raja Babilon dan Mala
-Budaya
Vedic di Benua Kecil
-Kerajaan
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman
-Negarakota-negarakota
Bangsa Mala
-Empayar-empayar
MALAYu di The Land of Gods
-Warisan
dari Emperor agung
-Brahman
dan Saraswathy
-Petunjuk
ke-7 dan ke-13 dari bunga dan wangi-wangian
-Wasiat
Terakhir Abraham
-Pencarian
Tanah Wangi-wangian
-The
Guardian of The Promised Land
-Amuhia,puteri
Madayu atau Malayu?
-Sekuntum
bunga buat Emperor purba di Babylon
-Cinta
Gadis Misteri
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012.
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012.
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012.
ps: Jangan anda bertanya pada bukan ahlinya. Karana ianya perbuatan yang sia-sia.
DOKTOR SEJARAH ANDA
Abang sakit apa? Buta sejarah?
Biar Cik Seri suapkan ubat sampai celik ekk!
here: Berani Kerana Benar
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012.
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012.
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012.
Sila mematuhi etika blog yang betul apabila menghantar komen anda. Pemilik blog akan menjalankan budi bicara membenarkan atau menolak sebarang komen yang dianggap sebagai menghasut, memfitnah, memfitnah, bersifat perkauman, kesat, menghina, dan lain-lain kenyataan yang mempamerkan ciri-ciri yang serupa. Jika anda berkeras untuk menggunakan komentar anonymous, sila tulis nama anda atau ID lain di hujung mesej anda. (Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message).
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Umm-Al-Muminin Wives Of Muhammad Shalla'Allahu Alayhi wa Sallam (Peace and blessings Of God be on him). 1) Khadijah bint Khuwaylid 2) Sawda bint Zamʿa 3) Aisha bint Abi Bakr 4) Hafsa bint Umar 5) Zaynab bint Khuzayma 6) Hind bint Abi Umayya 7) Zaynab bint Jahsh 8) Juwayriya bint al-Harith 9) Ramlah bint Abi Sufyan 10) Rayhana bint Zayd 11) Safiyya bint Huyayy 12) Maymuna bint al-Harith 13) Maria al-Qibtiyya
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Hubungan Nabi Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dengan bani Israel melalui pertalian perkahwinan dengan Safiyyah Radhiya‘Allahu Anha Keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam Isteri ke-11 Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam
Safiyyah Radhiyallahu Anha ialah perempuan kapada Hai, seorang dari keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam, saudara lelaki Nabi Allah Musa Alayhis Sallam. Pada mulanya beliau telah dikahwinkan kepada Salam bin Mushkan dan kemudian kepada Kananah bin Abi Haqiq ketika di Kheybar. Kananah telah terbunuh di dalam peperangan Kheybar dan Safiyyah telah di tawan oleh orang`orang Islam.
Apabila Dahya Kalbi memohon kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam akan seorang gaji, beginda menyerahkan Safiyyah kepadanya. Apabila perkara ini belaku, para Sahabat yang lain menemui Rasulullah Salla ‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dan berkata: "Wahai Pesuruh Allah! Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak`puak Yahudi dari bani Israel dari Madinah) akan merasa tersinggung melihatkan seorang anak perempuan ketua Yahudi dari bani Israel dijadikan orang gaji. Oleh itu kami mencadangkan beginda memperisterikannya."
Nabi lantas memberikan bayaran yang sepatutnya kepada Dahya Radhiya‘Allahu Anhu sebagai wang tebusan dan berkata kepada Safiyyah: "Kini kamu sudah bebas, sekiranya kamu suka kamu boleh kembali kepada puak mu ataupun kamu boleh menjadi isteriku." Sufiyyah menjawab: "Telah lama aku menunggu untuk bersama dengan tuan sejak aku seorang Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi Islam?" Adalah dikatakan bahwa sekali Safiyyah ternampak di dalam minpinya sebagaimana daripada bulan jatuh kepangkuannya. Apabila beliau menceritakan mimpinya ini kepada suaminya Kananah, beliau telah dipukul dengan hebatnya pada mukanya sehingga mengakibatkan kesan 1 tanda di atas matanya.
Kenanah menyergah: "Nampaknya kamu berhasrat untuk menjadi isteri kepada Raja Madinah" Bapanya juga dilapurkan memukulnya sedemikian rupa apabila ia menerangkan mimpinya itu kepadanya. Pada suatu ketika pula di dalam mimpinya beliau melihat matahari berada di atas dadanya. Apabila mimpinya ini dikemukakan kepada suaminya, dia berkata: "Kamu nampaknya sedang berharap untuk menjadi Permasuri Madinah." Safiyyah berkata: "Aku dikahwinkan kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika aku berusia 17 tahun." Beliau datang untuk tinggal bersama`sama Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika beginda sedang berkhemah di pangkalan pertama dari Kheybar .
Di pagi keesokan harinya beliau berkata kepada para Sahabat: "Biarlah setiap orang membawa barang apa jua pun yang dia punyai untuk di makan.” Mereka semuanya pun membawa barang`barang makanan yang dipunyai mereka masing`masing seperti buah`buah tamar, keju, mentega dan sebagainya. Sehelai kain diperbuat dari kulit dihamparkan (saprah) untuk meletak makanan `makanan yang dibawa itu, lalu mereka semuanya duduk mengelilingi hamparan itu untuk berkongsi makanan itu bersama`sama. Ini adalah Walimah untuk perkahwinannya itu. Safiyyah Radhiya‘Allahu Anhuma meninggal DUNIA pada bulan Ramadhan tahun 50 Hijrah berusia lebih kurang 60 tahun.
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
'Don't let yourself by the Train'
VIDEO: NATO, CIA, Mossad Cuba Merosakkan Syria & Timur Tengah
The following is a video
compilation of reports from various alternative media journalists about the
real goings-on in Syria. We can see clearly who are the real terrorists in
Syria and on this planet.
This is a real life example of
foreign (read western) forces subverting another less powerful sovereign nation
(read Syria) through covert means, aided by treacherous local groups, among
others. It has already occurred in Libya and now they are doing the same thing
to Syria. Now transpose that to what has happened recently in our country (read
Bersih) and try to connect the dots. And it has no connection to democracy,
free and fair election, etc. Did the so-called "democratic" western
coalition bring democracy, or even a semblance of it, to the targeted Muslim
nations? We all know the answer to that. We may suffer the same fate if we are
not careful.
Source: YouTube
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
LiquidMetal iPhone
With reports of the upcoming iPhone running rampant, one talented designer decided to show us what a LiquidMetal iPhone might look like. The result is this spectacular rendering, depicting the new iPhone with a larger widescreen, virtual home button and that weird new metal with its otherworldly characteristics.
To enjoy the full complement of pics from all angles, take a look at the full LiquidMetal iPhone gallery of this beautiful concept, which might be surprisingly close to the actual iPhone's appearance when it's delivered to its fanatical customers.
Dengan laporan iPhone akan datang berlari berleluasa, salah seorang pereka berbakat memutuskan untuk menunjukkan kepada kita betapa iPhone LiquidMetal mungkin kelihatan seperti. Keputusan ini terjemahan menakjubkan, menggambarkan iPhone baru dengan yang lebih besar skrin lebar, rumah butang maya dan bahawa logam baru yang aneh dengan ciri-ciri rohani.
Untuk menikmati lengkap Foto dari semua sudut, mengambil lihat galeri iPhone penuh LiquidMetal konsep ini indah, yang mungkin akan mengejutkan dekat dengan kemunculan iPhone sebenar apabila ia dihantar kepada pelanggan fanatik.
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Wish U Were here babe . . .
Message: Wish.You.Were.Here ~ Pink.Floyd.1WORLD human Right Community Sharing 2012. Pink Floyd merupakan sebuah band rock Inggeris yang mencapai kejayaan antarabangsa dengan muzik rock progresif dan Psychedelic mereka ditandakan oleh penggunaan lyrics falsafah, eksperimen-eksperiman sonik, dan huraikan menunjukkan hidup. Salah satu kumpulan rock yang paling komersil yang berjaya dan berpengaruh dalam sejarah muzik popular, mereka telah menjual lebih 200 juta album di seluruh dunia, termasuk 74. 5 juta unit yang disahkan di Amerika Syarikat. (Pink Floyd were an English rock band that achieved international success with their progressive and psychedelic rock music marked by the use of philosophical lyrics, sonic experimentation, and elaborate live shows. One of the most commercially successful and influential rock groups in the history of popular music, they have sold over 200 million albums worldwide, including 74. 5 million certified units in the United States). layan bebe 'Have a nice day n Enjoy the Music!!! Time Of video: 04:59 . . . the video explains the rest.
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Wish U Were here . . .
Dedicated to all the AMAZING Egyptian men and women behind the peaceful protests. Many thanks to Channel 4 News, PBS, Daily News Egypt, CBS, Al Masry Al Youm, Al Jazeera, HBO, Newsweek, Russia Today, Associated Press and IBN for the footage. Songwriters: Kanye West, Malik Jones, Dexter Mills, Jeff Bhasker, Jay Jenkins Producers: Kanye West, Jeff Bhasker Recorders: Andrew Dawson, Anthony Kilhoffer Keyboards: Jeff Bhasker. Background vocals: Mr Hudson, Tony Williams Mix engineer: Manny Marroquin Assistant engineers: Christian Plata, Erik Madrid Artist: Kanye West. Time Of video: 04:03
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
'Don't let yourself by the Train'
AMARAN: video ini mengandungi adegan bahawa sesetengah penonton mungkin di dapati sangat meresahkan. Budi bicara penonton yang waras dinasihatkan. Apabila anda melihat kemarahan manifesting diri mereka di depan mata anda sendiri, maka tidak mengabaikan sebab mengapa kita telah dimaklumkan tentang mereka. Masa kita sedang berjalan dan kita terperangkap dalam kehidupan DUNIAWI, wahai insan insaflah kita mengabaikan akan menyembah Allah Subhanahuwa Ta’ala, sebelum terlambat!
WARNING: This video contains scenes that some viewers may find upsetting. Sensible viewer discretion is advised. When you see these Signs manifesting themselves in front of your very own eyes, then dont ignore the reason why we have been informed about them . . . our time is running out and we are trapped in our mundane lives ignoring the immense honour of worshipping God Almighty ‘Allah Subhanahuwa Ta’ala’ before it's too late! Time Of video: 10:00. The video explains the rest . . .
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Remember: "Don't let yourself left by the Train"
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing2012
Our Responsibility @GOLDMINE 1WORLD Community Should Render Back the trusts to those to Whom they Due: (@18 Group Of people) Poor People, Orphan, Single Mother, Single Father, Student, Low In Come, Jobless, Disable, Patient, Old Citizen, Prisoner, Bankruptcy, FARMER, Fishermen, RICH People, All RACES, All Country And All Government In theWhole WORLD. theWORLD for free! New WORLD Principle: ASSETProperty "It's NOT For SALE, It's Not For Bought, It's FREE!: *Free House *Free Car * Free Education: College, University. *Free ELETRICAL GOODs: Air Con, PC Laptops, Home Theatre. *Free FURNITURE: Sofa Set, Bed Set, Sauna Bath, Kitchen Cabinet, Dining Table. *Free Vacation: Travelling Around the WORLD, Holiday, HAJ, UMRAH, NOW EveryONE CAN Fly, Hotels. *Free Life Insurance: (Free Hospital Fund, Free Funeral Fund, Free Death Fund, Free Pension Fund).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.