Spread the WORDS Of Humanity, GOD ALMIGHTY SAYS IN THE HOLY QURAN: 'NO REWARD DO I ASK OF YOU FOR IT: MY REWARD IS ONLY FROM THE LORD OF THE UNIVERSE'. (Firman Allah Ta’ala: ‘Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam)'. (Surah 26 'Asy'araa: verse 109)
1WC'sNEWS@humanRightCommunitySharing
1WC'sNEWS@humanRightCommunitySharing
1WC'sNEWS@humanRightCommunitySharing
Maka sebarkanlah apa saja yang anda fikirkan perlu disebarkan. Apa yang anda baca di sini hanyalah maklumat. Ianya akan menjadi ilmu yang manfaat apabila diamalkan. Dan jika kita sampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain, maka Allah Ta'ala akan menganugerahkan kepada kita ilmu yang belum kita tahu.
We are living in a time when the Corrupt are displayed as the Wise People & Wise People as the Corrupt. When The Rich get Richer and the Poor stay Poor. With this Message I will attempt explain one Of the Signs from God & The Mystery Surrounding us. We don't know exact time Of the HOUR, (Only God Knows). However, we do know some Of the Sign. Read Carefully. Think & Observe the Signs Of All Mighty God before it's too late. The HOUR is Coming, it's just a matter Of time . . .
SECRETs 'Terahsia Bangsa MALAYu' BHG I
By 1WC'sNEWS |
Saturday, June 2, 2012 @MalaysianTIME 06:27PM
Mengapa Israel
bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura? Apa kaitan Cina
Singapura dengan Yahudi Zionis? Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika
Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura? Apa hubungan Bangsa MALAYu
dengan Bangsa Yahudi? Apakah dia terahsia Bangsa MALAYu?. Apa yang terjadi 2000
tahun sebelum Masehi di antara MALAYu dan Yahudi?
Semua persoalan ini
akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini. Artikel ini
berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat
dalam masa yang berasingan.
TERAHSIA BANGSA MALAYu
". . . sent them
away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New
International Version)
Di atas adalah
petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia
terbesar berkenaan 1 bangsa yang bergerak ke Timur DUNIA bagi mengembangkan
keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.
Bangsa terahsia
inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia
Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.
Bangsa ini, yang
merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah 1 bangsa besar yang pernah membina
kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir
Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.
Sesungguhnya kisah
pengembaraan bangsa ini merupakan 1 epik yang teramat panjang, lebih panjang
dari epik Homer, The Iliad and the Odyssey.
Untuk mengkaji sifat
dan karakter bangsa misteri ini, perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang
pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan
mereka itu. Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah, bahasa dan
personaliti bangsa ini. Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa
misteri ini.
Apakah yang
dimaksudkan dengan alter? Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan
atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam
keadaan tertentu. Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di
mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol
tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.
Contoh yang paling
mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang. Secara tiba-tiba
orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan
dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu. Padahal setiap kali pertandingan
larian 100 meter, dialah yang tercorot (misalnya).
Juga jika seseorang
yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara, secara tiba-tiba menjadi begitu
bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.
1 contoh yang baik
tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy Of an Illness,
yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals, salah
seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20. Cousins menceritakan
pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain
celo yang handal itu. Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk
melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.
"Dia sangat
lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan
pertolongan untuk memakai pakaian. Emfisemanya sangat jelas semasa dia
bertungkus lumus untuk bernafas. Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya, badannya
bongkok dan kepalanya menjunam ke depan. Tangan-tangannya membengkak dan
jari-jarinya menggenggam. Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua, dan
tersangat letih".
"Sebelum waktu
makan, dia berjalan ke arah piano, iaitu salah satu alat muzik yang Casals
cekap bermain. Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas
kerusi piano. Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya
yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda."
Kemudian sesuatu yang
menakjubkan berlaku. Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya
di depan mata Cousins. Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal, dan
semasa dia melakukannya, fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak
dan bermain, menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya
hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat, kuat dan fleksibel. Seperti
yang dinyatakan oleh Cousins.
"Jari-jarinya
terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti
tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari. Belakangnya ditegakkan. Dia
nampaknya bernafas dengan lebih mudah".
"Tubuh badannya
tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada
lingkaran hidup atritisnya. Apabila dia meninggalkan piano, dia kelihatan
benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain. Dia berdiri
dengan lebih tegak dan lebih tinggi; dia berjalan tanpa ada tanda-tanda
mengheretkan kakinya. Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi, makan
bersungguh-sungguh, dan kemudian keluar berjalan-jalan di sepanjang
pantai".
Alter selalunya
tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi. Tetapi
apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak
mampu menanganinya, alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi. Maka subjek
tadi akan berubah menjadi alter lain, berbeza dari alter utama (personaliti
utama). Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya
sebagai personaliti utama subjek tersebut.
Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang MALAYu yang kenal
dirinya, asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar. 'MALAYu' adalah bangsa
misteri yang dimaksudkan, telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika
berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang
amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu, serta perubahan akibat cuaca dan
pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju
ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Allah Ibrahim
Alayhis Sallam.
Menurut kajian
geneologi setakat ini, Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam (Abram, Abraham)
mempunyai 3 orang isteri, iaitu Sarah, Hajar dan yang terakhir Keturah. Sarah
telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail
(Ishmael). Keturah pula melahirkan 6 orang anak iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian,
Ishbak dan Shuah. Nabi Allah Ishak Alayhis Sallam menurunkan bangsa Yahudi
manakala Nabi Allah Ismail Alayhis Sallam menurunkan bangsa Arab.
Kebanyakan teks-teks
Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri
Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam ini tetapi lain pula dengan Keturah, isteri
bongsu Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Sarah, iaitu mempunyai pertalian
keluarga dengan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam diketahui jelas berasal dari
Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam tinggal, manakala
Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir. Namun majoriti teks-teks
Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'. Persoalannya,
"Siapakah
Keturah ini?"
Dari mana dia
berasal?. Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung
penakluk seperti Chaldea, Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia,
Assyria, Babylon dan lainnya dari kalangan MALAYu cucu cicit Nabi Allah Nuh Alayhis
Sallam dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh Alayhis Sallam di
mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa
penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.
Selama beribu-ribu
tahun bangsa Yahudi diperangi, dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan
kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat
mereka sebagai 'raksasa', 'orang gasar (barbarian)', 'kaum yang ganas' dan
sebagainya. Jika kita lihat kisah Nabi Allah Musa Alayhis Sallam yang ingin
kaumnya memasuki Tanah Palestin, di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu
memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup
mengeluarkan kata-kata,
"Biarlah
engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah, dan kami menunggu
di sini" (Kisah Nabi Musa)
Perlu diingat, akibat
trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang
ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah, rabbi-rabbi Yahudi telah
membeza-bezakan taraf isteri-isteri Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam di mana
hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah
disebut gundik (concubine). Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat)
dan Perjanjian Baru (Injil), di mana mereka telah mengubah tafsiran
isteri-isteri Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Sesungguhnya Nabi Allah Ibrahim
Alayhis Sallam selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah
membeza-bezakan isterinya, meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar
dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.
Betapa pilu dan
hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di
tengah padang pasir yang panas. Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan
mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan
dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak. Adakah hanya Siti Khadijah sahaja
sebagai isteri Nabi Muhammad Salla'Allahu Alayhi was Sallam manakala
isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik? TIDAK SAMA SEKALI. Walhal
pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul, sebelum Allah SubhanahuwaTa’ala
mengurniakan Nabi Allah Ishak Alayhis Sallam kepadanya pada saat umur yang
terlampau tua.
Sebab itulah Siti
Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun)
dengan suaminya bagi meneruskan keturunan. Bukan sahaja disebut gundik, malah
perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret
keturunan Siti Hajar bersama-sama.
Siti Hajar dikatakan
hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'. Padahal Siti
Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Allah Ibrahim Alayhis
Sallam untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti
Sarah semasa Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam dan Siti Sarah di dalam
tahanannya.
Dengan kuasa Allah
setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah, perbuatannya terhalang
secara aneh berkat doa Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Dari situ barulah
Firaun sedar bahawa Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam bukanlah sebarangan orang
dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.
Akibat rasa bersalah
yang teramat sangat, maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah
membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai
'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Rahsia perempuan
muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Allah Ibrahim Alayhis
Sallam membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang
pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.
Alangkah terkejutnya
Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari
perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja. Tersentuh
hati Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam sambil mengucapkan kesyukuran kepada
Allah SubhanahuwaTa’ala yang sememangnya
berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.
Jadi keturunan Nabi Allah
Ismail Alayhis Sallam yang turun kepada Nabi Muhammad Salla'Allahu Alayhi was
Sallam adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya
melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun
di zaman Nabi Allah Musa Alayhis Sallam kerana Firaun ini hidup lebih lama dari
Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam).
Perlu dingatkan
bahawa semasa zaman Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam tidak ada bangsa yang
disebut sebagai Yahudi. Dan sesungguhnya Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam bukanlah
seorang Yahudi. Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam adalah berasal dari 1 kaum
purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri
di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi
canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu
termasuklah Ramses II di zaman Nabi Allah Musa Alayhis Sallam.
Dalam Al ‘Quran ada
disebut:
Firman Allah Ta’ala: ‘Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan
tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan
melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga)
kamu tidak mahu menggunakan akal?
Ingatlah!
Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara
yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab
Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada
kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah
mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
Bukanlah
Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk
agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai
seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula
bukanlah dari orang-orang musyrik.
Sesungguhnya
orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi
agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini
serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah
ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman’. (QS Surah 'Al ‘Imran 3: 65 - 68)
Bangsa Yahudi
diturunkan dari jurai keturunan Nabi Allah Ishak Alayhis Sallam di mana anaknya
Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat
dari kegemaran Nabi Allah Yaakub Alayhis Sallam yang berjalan malam.
Dari Nabi Allah Yaakub
Alayhis Sallam ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi, Yusuf, Bunyamin dan
Yahudza (Yahuda). Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memapar-kan
karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza (Yahuda). Bunyamin (Benjamin) pula
adalah adik kesayangan Nabi Allah Yusuf Alayhis Sallam, yang kembali bertemu
dengan Nabi Allah Yusuf Alayhis Sallam setelah sekian lama terpisah ketika Nabi
Allah Yusuf Alayhis Sallam pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam
kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar
al-Aziz bermaksud raja).
Pada waktu itu bangsa
Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba
lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri
sepertimana di era Nabi Allah Sulaiman Alayhis Sallam dan Nabi Allah Daud
Alayhis Sallam.
Dalam pada itu
keturunan dari saudara -saudara mereka yang 6 orang tadi dari sebelah Keturah
telah membina kekuatan yang amat dasyat, pada masa yang sama mereka telah mula
maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi, mencipta pelbagai
ilmu sains dan teknologi yang canggih, membina negarakota-negarakota yang
bertembok tinggi dan tebal, membina organisasi-organisasi moden yang sistematik
serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.
Perlu dingat ketika
ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India
masih mundur dan kurang berpenghuni. Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat
ini, (di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar
Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang
masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina
tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem
Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).
Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama, hidup
bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah
dari mereka. Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa
keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea
(Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan
kediaman mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah
pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara
bersilih ganti. Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk
dijadikan hamba, pencacai, buruh kasar, kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan
Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki
dan tangan mereka. Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar
oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan
menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.
Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi. Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon. Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria, Necronomicon, Kultus Pentagram, Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam Al ‘Quran. (Rujuk Surah Al ‘Baqarah Ayat 102)
Firman Allah Ta’ala: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut
ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa
pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang
menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir
(dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir
dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil
(Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah
mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah
cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan
mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari
mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya,
padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan)
dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya
mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi
manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun
mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat
bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka
pilih untuk diri mereka, jika mereka mengetahui.’. (QS Surah 'Al ‘Baqarah
2: 102)
Kegilaan bangsa Yahudi ini
dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan
menyebabkan ramai Nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.
Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual. Mereka peka kepada perkara-perkara
bersifat ghaib dan misteri. Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa
sakti. Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang
menjajah mereka silih berganti.
Berbalik kepada wanita misteri
yang menjadi isteri ketiga Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam, tidak banyak
diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari
jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi
Allah Nuh Alayhis Sallam mahu pun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi
Allah Nuh Alayhis Sallam sendiri.
*Keturah di khemah
sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.
(Diambil dari teks Yahudi kuno).
(Diambil dari teks Yahudi kuno).
Keturah bermaksud
kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.
Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa MALAYu sebagai bangsa
spiritual. Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah. Tetapi terdapat sumber
yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon
yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini
ialah Keturah berasal dari Timur Jauh; tempat di mana keturunan Nabi Allah Ibrahim
Alayhis Sallam diarahkan menyebar selepas itu). Jika demikian maka sahlah
bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung
sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri
yang memerintah Sungai Nil ketika itu. Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah
dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun
sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.
Firaun-firaun Mesir
hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat
ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk
dapat dipercayai oleh masyarakat DUNIA. Anda boleh tonton filem 1000000 B.C
dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan
gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa
melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang
sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Setiap
rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.
Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda DUNIA. TIDAK . . .TIDAK SAMA SEKALI. Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam terpaksa memuatkan
kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis
tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion
Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam bukan
sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
Kedudukan ketiga-tiga piramid
termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di
langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar
dalam sejarah kemanusiaan.
Siapakah bangsa agung yang
mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah
penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung
telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.
Piramid Mesir adalah penunjuk
arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul
Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa
sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa
yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah
setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini. Tidak percaya?.
Cuba anda bayangkan kehidupan
manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih
dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta
pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.
Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? FIKIRKAN. 100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam teramatlah sedikit. Malahan pula para pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).
Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat
mengatakan Bahtera Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya
kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam ketika
itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti
kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Allah
Nuh Alayhis Sallam membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta
peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang
termaju.
Masih tidak percaya??? Jika kita
lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak
kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Allah Isa Alayhis
Sallam mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana
kehidupan manusia di zaman Nabi Allah Isa Alayhis Sallam hidup. Bagaimana
kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Allah Isa Alayhis Sallam? Berapakah
jangkamasa Nabi Allah Adam Alayhis Sallam manusia pertama sehingga peristiwa
Banjir Besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam.
Katakanlah lebih kurang 2000
tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia
pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu
tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika
Banjir Besar.
Maka jika berfikir seperti ini,
kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta
Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan
pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro
dan Harappa. TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA
BENCANA?
Semua kemajuan itu habis
tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah
SubhanahuwaTa’ala setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan
teknologi yang mengkhayalkan.
Manusia ketika itu semakin
rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan
jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali
diadakan di festival-festival besar.
Mungkin anda berasa lucu dengan
senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Allah Nuh
Alayhis Sallam hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing
sahaja. TIDAK SAMA SEKALI.
Lihatlah lukisan-lukisan
misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan 1 mitos purba tentang
penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen
elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga
kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya)
di China.
Dan yang paling menggemparkan
adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika! Apa maksud
semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?.
Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi
oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka ada sebab untuk
mengelirukan manusia.
Segala kenyataan sebenarnya
amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan. Maka setelah Banjir Besar,para
pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam pun bertebaranlah di muka bumi sehelai
sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan
banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan
mengail ikan.
Sudah tentu
cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala
kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik. Maka keluarlah pelbagai
mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini. Dan tidak hairan jika ada di
antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki
kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita
dapati dari kitab Hindu Mahabrata. Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji
yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan
Rama, Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.
Cuba perhatikan
patung-patung sembahan Hindu. Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah
dan segak-segak seperti raja-raja purba. Apakah yang dikatakan oleh orang-orang
gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang
telefon bimbit? Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!! Itulah
yang terjadi kepada orang-orang Hindu. Mereka sebenarnya menyembah raja-raja
purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan
Mahabharata, Veda serta Upanishad. Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam yang
menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib
nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang, komputer, reaktor nuklear dan
kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari! FIKIR-FIKIRKAN . . . tidak rugi
kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.
Akan datang dalam
siri SECRETS/Terahsia Bangsa MALAYu . . .
-Siapakah Keturah?
-MALAYu dikalangan
anak-anak Keturah
-MALAYu dikalangan
cucu cicit Nuh bangsa penakluk dan raja-raja agung
-Menjejak asal-usul
raja-raja MALAYu sehingga Cyrus The Great
-Cura si Manjakini
bukti warisan Darius Emperor Parsi
-Negarakota MALAYu di
era Ur, Kish dan Uruk
-Hubungan MALAYu dan
Yahudi di era peperangan bangsa Sumeria
-'Bangsa Gunung'
-Pengembaraan ke
Timur Jauh
-Perjalanan melalui
jalan darat
-Jalan Sutera dan
Kapak dari Asia Tengah
-Epik pengembaraan di
padang pasir dan salju dingin
-Kenangan kehidupan
silam di pergunungan Himalaya dan perkampungan Tibet yang damai
-Perjalanan melalui
jalan laut
-Bahtera dan ilmu
pelayaran bangsa misteri
-Astronomi dan rahsia
bintang-bintang
-Bodhidharma, Dharmakirti,
Sakyakirti dan pendeta-pendeta MALAYu lainnya
-1000 rahib, sami dan
arahat di Bukit Suci
-Misteri bangsa
terahsia
-Siapakah dia Malai?
-Bumi Mala
-The Promised Land
-Tempat menyimpan
rahsia
-Kunci-kunci rahsia
-Cucu-cicit Nabi
ps: Jangan anda bertanya pada bukan ahlinya. Karana ianya perbuatan yang sia-sia.
DOKTOR SEJARAH ANDA
Abang sakit apa? Buta sejarah?
Biar Cik Seri suapkan ubat sampai celik ekk!
here: Berani Kerana Benar
Sila mematuhi etika blog yang betul apabila menghantar komen anda. Pemilik blog akan menjalankan budi bicara membenarkan atau menolak sebarang komen yang dianggap sebagai menghasut, memfitnah, memfitnah, bersifat perkauman, kesat, menghina, dan lain-lain kenyataan yang mempamerkan ciri-ciri yang serupa. Jika anda berkeras untuk menggunakan komentar anonymous, sila tulis nama anda atau ID lain di hujung mesej anda. (Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message).
Umm-Al-Muminin Wives Of Muhammad Shalla'Allahu Alayhi wa Sallam (Peace and blessings Of God be on him). 1) Khadijah bint Khuwaylid 2) Sawda bint Zamʿa 3) Aisha bint Abi Bakr 4) Hafsa bint Umar 5) Zaynab bint Khuzayma 6) Hind bint Abi Umayya 7) Zaynab bint Jahsh 8) Juwayriya bint al-Harith 9) Ramlah bint Abi Sufyan 10) Rayhana bint Zayd 11) Safiyya bint Huyayy 12) Maymuna bint al-Harith 13) Maria al-Qibtiyya
Hubungan Nabi Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dengan bani Israel melalui pertalian perkahwinan dengan Safiyyah Radhiya‘Allahu Anha Keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam Isteri ke-11 Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam
Safiyyah Radhiyallahu Anha ialah perempuan kapada Hai, seorang dari keturunan Nabi Allah Harun Alayhis Sallam, saudara lelaki Nabi Allah Musa Alayhis Sallam. Pada mulanya beliau telah dikahwinkan kepada Salam bin Mushkan dan kemudian kepada Kananah bin Abi Haqiq ketika di Kheybar. Kananah telah terbunuh di dalam peperangan Kheybar dan Safiyyah telah di tawan oleh orang`orang Islam.
Apabila Dahya Kalbi memohon kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam akan seorang gaji, beginda menyerahkan Safiyyah kepadanya. Apabila perkara ini belaku, para Sahabat yang lain menemui Rasulullah Salla ‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam dan berkata: "Wahai Pesuruh Allah! Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak`puak Yahudi dari bani Israel dari Madinah) akan merasa tersinggung melihatkan seorang anak perempuan ketua Yahudi dari bani Israel dijadikan orang gaji. Oleh itu kami mencadangkan beginda memperisterikannya."
Nabi lantas memberikan bayaran yang sepatutnya kepada Dahya Radhiya‘Allahu Anhu sebagai wang tebusan dan berkata kepada Safiyyah: "Kini kamu sudah bebas, sekiranya kamu suka kamu boleh kembali kepada puak mu ataupun kamu boleh menjadi isteriku." Sufiyyah menjawab: "Telah lama aku menunggu untuk bersama dengan tuan sejak aku seorang Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi Islam?" Adalah dikatakan bahwa sekali Safiyyah ternampak di dalam minpinya sebagaimana daripada bulan jatuh kepangkuannya. Apabila beliau menceritakan mimpinya ini kepada suaminya Kananah, beliau telah dipukul dengan hebatnya pada mukanya sehingga mengakibatkan kesan 1 tanda di atas matanya.
Kenanah menyergah: "Nampaknya kamu berhasrat untuk menjadi isteri kepada Raja Madinah" Bapanya juga dilapurkan memukulnya sedemikian rupa apabila ia menerangkan mimpinya itu kepadanya. Pada suatu ketika pula di dalam mimpinya beliau melihat matahari berada di atas dadanya. Apabila mimpinya ini dikemukakan kepada suaminya, dia berkata: "Kamu nampaknya sedang berharap untuk menjadi Permasuri Madinah." Safiyyah berkata: "Aku dikahwinkan kepada Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika aku berusia 17 tahun." Beliau datang untuk tinggal bersama`sama Rasulullah Salla‘Allahu `Alayhi `waa `Sallam ketika beginda sedang berkhemah di pangkalan pertama dari Kheybar .
Di pagi keesokan harinya beliau berkata kepada para Sahabat: "Biarlah setiap orang membawa barang apa jua pun yang dia punyai untuk di makan.” Mereka semuanya pun membawa barang`barang makanan yang dipunyai mereka masing`masing seperti buah`buah tamar, keju, mentega dan sebagainya. Sehelai kain diperbuat dari kulit dihamparkan (saprah) untuk meletak makanan `makanan yang dibawa itu, lalu mereka semuanya duduk mengelilingi hamparan itu untuk berkongsi makanan itu bersama`sama. Ini adalah Walimah untuk perkahwinannya itu. Safiyyah Radhiya‘Allahu Anhuma meninggal DUNIA pada bulan Ramadhan tahun 50 Hijrah berusia lebih kurang 60 tahun.
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing
Call1WORLD@humanRightCommunitySharing
LiquidMetal iPhone
With reports of the upcoming iPhone running rampant, one talented designer decided to show us what a LiquidMetal iPhone might look like. The result is this spectacular rendering, depicting the new iPhone with a larger widescreen, virtual home button and that weird new metal with its otherworldly characteristics.
To enjoy the full complement of pics from all angles, take a look at the full LiquidMetal iPhone gallery of this beautiful concept, which might be surprisingly close to the actual iPhone's appearance when it's delivered to its fanatical customers.
Wish U Were here babe . . .
Message: Wish.You.Were.Here ~ Pink.Floyd.1WORLD human Right Community Sharing 2012. Pink Floyd merupakan sebuah band rock Inggeris yang mencapai kejayaan antarabangsa dengan muzik rock progresif dan Psychedelic mereka ditandakan oleh penggunaan lyrics falsafah, eksperimen-eksperiman sonik, dan huraikan menunjukkan hidup. Salah satu kumpulan rock yang paling komersil yang berjaya dan berpengaruh dalam sejarah muzik popular, mereka telah menjual lebih 200 juta album di seluruh dunia, termasuk 74. 5 juta unit yang disahkan di Amerika Syarikat. (Pink Floyd were an English rock band that achieved international success with their progressive and psychedelic rock music marked by the use of philosophical lyrics, sonic experimentation, and elaborate live shows. One of the most commercially successful and influential rock groups in the history of popular music, they have sold over 200 million albums worldwide, including 74. 5 million certified units in the United States). layan bebe 'Have a nice day n Enjoy the Music!!! Time Of video: 04:59 . . . the video explains the rest.
Wish U Were here . . .
Dedicated to all the
AMAZING Egyptian men and women behind the peaceful protests. Many thanks to Channel 4 News, PBS, Daily
News Egypt, CBS, Al Masry Al Youm, Al Jazeera, HBO, Newsweek, Russia Today,
Associated Press and IBN for the footage. Songwriters: Kanye West, Malik Jones,
Dexter Mills, Jeff Bhasker, Jay Jenkins Producers: Kanye West, Jeff Bhasker
Recorders: Andrew Dawson, Anthony Kilhoffer Keyboards: Jeff Bhasker. Background
vocals: Mr Hudson, Tony Williams Mix engineer: Manny Marroquin Assistant
engineers: Christian Plata, Erik Madrid Artist: Kanye West. Time Of video:
04:03
'Don't let yourself by the Train'
AMARAN: video ini mengandungi adegan bahawa sesetengah penonton mungkin di dapati sangat meresahkan. Budi bicara penonton yang waras dinasihatkan. Apabila anda melihat kemarahan manifesting diri mereka di depan mata anda sendiri, maka tidak mengabaikan sebab mengapa kita telah dimaklumkan tentang mereka. Masa kita sedang berjalan dan kita terperangkap dalam kehidupan DUNIAWI, wahai insan insaflah kita mengabaikan akan menyembah Allah Subhanahuwa Ta’ala, sebelum terlambat!
WARNING: This video contains scenes that some viewers may find upsetting. Sensible viewer discretion is advised. When you see these Signs manifesting themselves in front of your very own eyes, then dont ignore the reason why we have been informed about them . . . our time is running out and we are trapped in our mundane lives ignoring the immense honour of worshipping God Almighty ‘Allah Subhanahuwa Ta’ala’ before it's too late! Time Of video: 10:00. The video explains the rest . . .
Remember: "Don't let yourself left by the Train"
Our Responsibility @GOLDMINE 1WORLD Community Should Render Back the trusts to those to Whom they Due: (@18 Group Of people) Poor People, Orphan, Single Mother, Single Father, Student, Low In Come, Jobless, Disable, Patient, Old Citizen, Prisoner, Bankruptcy, FARMER, Fishermen, RICH People, All RACES, All Country And All Government In theWhole WORLD. theWORLD for free! New WORLD Principle: ASSETProperty "It's NOT For SALE, It's Not For Bought, It's FREE!: *Free House *Free Car * Free Education: College, University. *Free ELETRICAL GOODs: Air Con, PC Laptops, Home Theatre. *Free FURNITURE: Sofa Set, Bed Set, Sauna Bath, Kitchen Cabinet, Dining Table. *Free Vacation: Travelling Around the WORLD, Holiday, HAJ, UMRAH, NOW EveryONE CAN Fly, Hotels. *Free Life Insurance: (Free Hospital Fund, Free Funeral Fund, Free Death Fund, Free Pension Fund).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.